Islamic Musical

Wednesday, 23 December 2015

12 Rabiul Awal

Aku menangis wahai Nabi
Bukan sangat tangisan rindu buatmu.
Tapi aku tangiskan Rindumu yang tak terkira padaku.
Hingga sanggup kau Nabiku.
Di akhir hayat jasadmu.
Tika menarik nafas terakhirmu.
Kau menyebut tentangku Ummat-mu.
"Ummati, Ummati, Ummati"
Padahal kalau kau sebut satu kali saja pun.
Cukup untuk aku rasakan.
Betapalah Nabiku itu rupanya menyayangi Umatnya.
Lebih dari Ibu yang sangat menyayangi Anaknya.
Aku faham kini, bahwa seelok kewafatanmu.
Nabiku sebenarnya telah mulai menangis.
Menangisi Ummat yang akan hidup
Generasi ke generasi.
Kurun ke kurun.
Sampai Kiamat.
Dalam keadaan disangka Nabi nya tiada!
Umat yang datang ke bumi untuk ditatang YAHUDI!
Lalu mereka beramai-ramai menjadi YAHUDI!
Tapi sangat mengaku ISLAM!
Sangat menyangka mereka ada ALLAH Nabi MUHAMMAD!
Ohh, Lamanya, Lamanya Nabiku menanggung derita.
Menyaksikan orang-orang kesayangannya berada dalam NERAKA!
Menangis 1000 tahun lebih dalam keadaan siapapun tak tahu.
Oh Tuhan..
Nabi juga sanggup terhina 1000 tahun lebih.
Betapalah aku tidak menangis!
Dan berjanji untuk membalasi Cinta Rindumu..


Nukilan YM Dato' Ibu


Tuesday, 22 December 2015

Langkah



Diam membisu seribu bahasa
Kaki mula membuka langkah
Memerhati setiap perilaku dan watak manusia
Seperti tidak mahu berhenti
Laju sahaja kaki membawa langkah
Ke sana ke mari tanpa hala tuju
Kadangkala pelik menerjah di fikiran
Bagaimana hidup tanpa bertuhankan Allah dengan sebenarnya?
Kita kata Allah itu Tuhan kita,
Tetapi sebenarnya kita bertuhankan selainNya.
Bertuhankan duit, bertuhankan suami, bertuhankan kerjaya..
Betapa besarnya pengkhianatan yang telah dilakukan kepada Allah

Langkah kaki semakin laju
Kemudian terhenti tersentak seketika
Terpampang jelas di layar mata
Kemalangan jalanraya yang mengorbankan nyawa sekeluarga
Darah mengalir tak henti-henti
Tangisan di sana sini
Ramai yang mengerumuni tempat kejadian itu
Hati bertanya sayu
Kematian yang bagaimanakah yang aku tempuhi nanti?
Adakah pengakhiran hidupku nanti,
Aku kembali kepada Allah bersama hati yang selamat ataupun tidak?
Lesu sahaja airmata mengalir di pipi
Sedih akan nasib diri bimbang tak selamat
Kemudian airmata semakin laju menuruni pipi
Mengenang akan banyaknya dosa yang dilakukan
Mazmumah masih berleluasa beraja di hati
Sedang diri masih mengikut segala telunjuknya

Laju langkah membawa jasad pergi dari tempat kejadian
Membawa diri dan hati ke tepi laut
Airmata yang tadinya tak segan silu mengalir kini kering sendiri
Tenang sedikit melihat laut yang terbentang luas
Terasa kerdil dan hinanya diri
Bila mengenangkan Kasih Sayang Allah yang tidak bertepi
Tidak pernah pun Allah itu meminta bayaran atas segala nikmatnya
Tapi bila berhadapan dengan Ujian,
Gagal untuk menempuhnya..

Hati kecil menangis lagi
Bersama tekad dan harapan
Akanku berusaha membaiki diri dan membuat perubahan
Tidak akan ku kalah lagi dengan nafsuku
Agar aku tidak menjadi si hamba yang tak sedar diri

Hati kecil berbisik lagi
Memberi kekuatan dan keyakinan
Bahawa Allah takkan membiarkan diri ini
Moga janganlah selepas ini aku bertuhankan selain Allah.
Hingga satu masa aku berjaya menjadi hamba yang sebenar-benar Hamba.

Friday, 18 December 2015

Lidah

Lidah.
Nampak macam remeh dan kecik tetapi sebenarnya sangat besar.
Seperti kata pepatah "kerana lidah, badan binasa"
Kerana lidah ini kalau tidak digunakan untuk benda yang baik maka binasa lah kita. 
Bukan hanya di dunia tetapi di akhirat juga.
Seperti kisah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang wanita ahli ibadah. 
Di malamnya rajin bersembahyang malam, tak pernah miss bangun malam..
Tetapi bila Rasulullah lalu di hadapan rumahnya, Rasulullah SAW mengatakan bahawa wanita itu ialah ahli neraka. 
Mengapa Rasulullah SAW mengatakan begitu?
Kerana walaupun wanita itu ahli ibadah di malam hari, namun di siangnya wanita itu selalu sahaja menyakiti hati jirannya.
Lihatlah, kerana lidah yang di anggap ringan itu juga boleh mengheret kita ke dalam Neraka Allah. 
Wal'iyazubillah.
Demikian lah juga lidah ini membawa jasa yang besar pada kita jika kita pandai menggunakannya untuk Allah.

Kenapa hari ini timbul topik lidah?
Sebabnya lidah tengah bermasalah sekarang.
Lidah yang lembut dan tidak bertulang ini kalau Allah dah tarik sedikit nikmat sihat
Memang parah! walaupun hanya sedikit.
Nak makan susah, nak bercakap, nak minum.
Azabnya ya Allah!
Rasa tak selesa tu memang sentiasa.
Layaklah Allah buatkan lidah ni sakit,
Sayangnya Allah tu sebab nak lidah ni berhenti bercakap benda yang sia-sia,
lagilah bila lidah ni dah terbiasa rancak mengata sana sini.
Bila Allah tarik nikmat lidah ni baru nak ingat Tuan Empunya lidah.
Kita tak ada kuasa pun nak sembuhkan lidah ni dengan sekelip mata.
Rasa tak selesa yang patut ada setiap masa boleh hadir tanpa dipaksa

Begitulah manusia bila dah jatuh, bila dah sakit baru ingat Allah.
Macam mana yee kita nak ingat Allah itu bukan sahaja di dalam susah tetapi juga dalam senang kita.
Setiap saat hati ni kekal bersama Allah.
Jadi bila jatuh dan sakit kita rasakan itu satu kebahagiaan dan kecintaan.
Tak melatah, mengeluh mahupun merungut.
Yang ada hanya kesyukuran serta tangisan rindu dan cinta yang mendalam,
kerana Tuan Empunya itu masih bersama kita, tidak meninggalkan bahkan setia sentiasa di sisi.

Thursday, 17 December 2015

Perpisahan

Saat berganti minit,
Minit berganti jam,
Jam berganti hari, 
Hari berganti bulan
Demikianlah seterusnya perjalanan hidup,
Manusia datang dan pergi,
Ada yang kekal bersama,
Ada sementara,

Satu hal yang kau tak boleh ubah,
Untuk terus memaksa dia untuk tetap di sisi,
Betul kau tak mampu dengan perpisahan,
Lebih-lebih lagi berpisah keyakinan,
Namun kau kena kuatkan hati.

Ujian berpisah keyakinan telah pernah kau tempuhi dahulu,
Jadi, kau kena terus untuk kuat,
Jangan down, jangan terus melayan perasaan
Sebab itu takkan mengubah hakikat,

Bangun dan hadapi,
Baiki diri sesungguh hati,
Kerana jika kau tidak baiki diri,
Kelak tak mustahil untuk kau turut berpisah keyakinan.

Kau kena sedar wahai diri dan hati,
Walaupun kau dalam petunjuk,
Itu bukan tiket untuk kau merasa selamat,
Bukan sebab untuk kau merasa selesa dan pandai,


Saturday, 12 December 2015

Wahai Kawan






Buat teman seperjuangan
Kita masih lagi bersama
Walau nanti kan berpisah
Itulah asam garam perjuangan

Sejauh manapun melangkah
Tetaplah matlamat dan cita yang sama
Seharusnya kita bersyukur kerna masih diberi peluang
Untukk membela Allah dan Rasul

Wahai kawanku,
bersabarlah menempuh dugaan yang datang
Kita berusaha sedaya upaya 
untuk mendapatkan Cinta yang Agung

Tapi selagi kita bertuhankan nafsu 
Impian untuk memiliki Cinta akan terhalang
Oh kawan, bermujahadahlah 
Agar berjaya melepasinya

Korbankanlah harta dan jiwa
Agar Islam kembali mulia
Hidup Mati untukNya
Syahid idaman kita semua

Jadikan Allah matlamat kita
Menjadi hamba yang cukup denganNya
Hanya cinta Allah yang kita inginkan
Hanya rindu nabi yang kita inginkan selamanya

Wahai kawanku,
bersegeralah masa tidakkan menunggu kita
Selagi masih ada nyawa di badan 
Berjuanglah berkorbanlah demi Islam tercinta

Tapi selagi kita bertuhankan nafsu 
Impian untuk memiliki Cinta akan terhalang
Oh kawan, bermujahadahlah 
Agar berjaya melepasinya

Berfikirlah seperti yang Allah mahu
Berperasaanlah seperti yang Allah suka
Berbuatlah seperti yang Allah redha
Itulah pesan guru pada kita




AKADEMI GENERASI HARAPAN, JORDAN.


Rasa Hati Ikhwan

Ku melangkah di bumi yang indah
Ku terngadah di langi yang megah
Ku terdengar suara-suara merdu
Udara ku hela semua ciptaanMu

Ku nikmati kecantikan alam
Ku rasakan lazatnya makanan
Ku lihat diriku ada kemampuan
Semuanya anugerah darimu

Oh Tuhan..

Ke manapun aku pergi
Aku disambut oleh kebesaranMu
Kemanapun jua ku menghadap
Aku disambar oleh kasih sayangMu

Wahai Tuhan, berikanlah aku
RahmatMu selalu agar aku
Tetap dalam RedhaMu
Kutip pahalaku
Diwaktu ku bersalah Kau maafkan aku

Aki ini adalah hamba
Jangan Kau tarik rasa hamba dari jiwaku
Engkau sematkanlah di dadaku
Agar aku dapat bawa kemana-mana

Oh Tuhanku, yang Maha Pengampun
Aku hambaMu memohon ampun
Alangkah bahagianya aku menjadi hambaMu
Alangkah bahagianya aku, Kau menjadi Tuhanku

Jangan tinggalkan aku sendirian 
Pimpinlah ku agar tak sesat jalan
Jangan Kau tarik rasa kehambaan
Kerana itulah kebahagiaan yang menjadi
KeredhaanMu ...

Tuesday, 8 December 2015

Disember

Disember,
kau datang lagi
cepatnya masa berlalu
sungguh tidak terasa

Disember,
kedatanganmu menandakan
bahawa penamat untuk tahun masihi
kini hampir tak lama lagi

Disember,
telah berlaku bermacam peristiwa
di bulan sebelummu
kemenangan demi kemenangan berlaku
juga menyaksikan pemergian bondamu

Disember,
sepatutnya kau suluh dirimu kembali
adakah kemenangan itu berlaku dalam dirimu
adakah dirimu telah berjaya?
adakah sembahyangmu telah kau hayati?

Oh Disember yang kini semakin menemui penghujungnya,
moga usaha ku terus dan semakin pecut
tidak lagi ku menoleh ke belakang
tidak lagi ku turuti nafsuku..

Disember,
moga keberkatan mereka terus mengalir
pada diriku dan mereka
agar aku dan mereka selamat dan berjaya
Dunia dan Akhirat...

Wednesday, 25 November 2015

Air Mata Perjuangan

Aduh! betapa sakitnya berjuang
Kiri dan kanan mendapat hentaman
Depan belakang juga tidak kurang
Adakalanya ia menyiksakan jiwa

Tapi Engkau selalu mengubatnya
dengan MaghfirahMu dengan bantuanMu
dengan JanjiMu yang di sana
yang menunggu

Kalau bukan air mata jiwa ini
Perjuanganku sudah lumpuh pasti
Air penawar hati inilah pengubat hatiku
Yang selalu pilu di dalam perjuangan

Moga air ini selalu Engkau curahkan
Di dalam kalbuku menempuh perjuangan

Agar perjuangan dapat ku teruskan
Dapat menolak segala rintangan
Supaya selamat aku menujuMu
Hinggalah umurku Engkau sudahkan tempohnya




GHSong from Album Janji



| "Baca, Fahami dan Hayati sajak dengan Hati.." - YBM Dato' Tuan Mokhtar | 

Monday, 23 November 2015

Di mana kalian?




Ketahuilah

bahawa aku juga macam kalian
Selalu terumbang-ambing dan terkapai-kapai
Letih dan takut untuk berhadapan ujian bersendirian
Selalu mencari-cari

Dimanakah kalian?
Dimanakah kawan-kawanku ketika aku dilanda ujian yang Maha Dahsyat?
Dimanakah kalian yang kata selalu ada tika aku sangat memerlukan?

Dan kemudiannya soalan itu terbiar sepi..
Penantian dan pengharapan palsu tak dipeduli

Mana mungkin aku mampu bertahan dalam gelombang
Namun aku bangkit mencari sesuatu

Sesuatu yang selama ini aku tak ambil kisah
Sesuatu yang aku tak mahu ambil tahu kewujudannya
kerana di waktu itu aku yakin dengan kawan-kawan
dan pengharapan disandar sepenuhnya kepada kalian

Barulah kini tersedar dari dunia yang dicipta sendiri
Tersedar dari angan-angan palsu

Selama ini rupanya aku ada ALLAH..
rupanya aku ada Nabi
yang tak pernah lekang dariku

Jadi bagaimana aku boleh sebuta, setuli, sebisu dan sepekak  ini
Untuk menidakkan ALLAH dan NABIku itu?
Bagaimana aku selama ini yang terlalu menjauhkan diri?

Sedangkan Allah dan Nabiku itu sentiasa menungguku
Menunggu aku untuk sampai kepada Allah dan Nabi
dengan segala sifat kekurangan,
agar dengan kekurangan itu aku menjadi hamba

Rupanya selama ini Allah dan Nabiku memberikan ku hadiah iaitu kalian
Namun dengan hadiah itu aku tersalah berperasaan dan bertindak
Maka diambillah kalian kembali dariku
Didikan terus untuk hati yang terlalu sarat

Maka dengan ini,
aku bersetuju wahai Allah dan Nabi
untuk ujian dan kasih sayang ini..
Untuk ini aku mohon,
peliharalah, sihatkanlah dan berkatilah
semua mereka yang pernah berkawan denganku
dan mereka yang pernah menganggap aku sebagai kawan mereka
agar nanti dengan kuatnya kembali hati dengan Allah dan Nabi ini
Persahabatan seterusnya hanya keranaMu
bukan kerana kepentingan diri yang tak membawa erti apa-apa...

Wednesday, 18 November 2015

Sekularisma

Alhamdulillah..

dengan berkat wali-wali Allah tinggal paper Science je yang kena jawab. 

Paper Science? Ambil exam ke? 

Berulangkali pertanyaan itu ditanyakan. Begini sebenarnya, sekarang ni Allah izinkan untuk ikut sekali dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang saban tahun berlaku untuk pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia. Dah menjadi tradisi agaknya. Bukan nak sangat pun ambil exam ni, tapi kerana perjuangan ni terpaksa lah gagah. Bayangkan kena jawab soalan SPM yang sudah tentu ramai tahu memang susah! Kalau tahu asas ilmu SPM ni takpa jugak! Ni jawab express.. rasa macam tak logik jugak pun ada. Tapi Allah mudahkan. Ramai kawan-kawan yang sudi tunjuk ajar walaupun dapat belajar 10 minit sebelum menjawab kertas. Sepanjang 6hari berulang alik ke SMK Sandakan ni, banyak benda yang membuka matahatiku. Melihatkan gelagat adik-adik sekolah yang turut berhempas-pulas menjawab exam menyedarkan aku. Cara pergaulan bebas mereka cukup untuk menyentakkan hati. Betapa beruntungnya diriku kerana aku mempunyai mursyid! Tak dapat ku bayangkan diriku tanpa mursyid. Akan seteruk itu kah diri ku? Hanya mengejar dunia tanpa tahu matlamat hidup yang sebenarnya. Sedih melihat keadaan mereka. Patutlah Ayahku itu menangis bila mengenangkan berapa ramai orang yang mati di dunia tanpa iman? Oh Ayah! ini rupanya yang telah Ayah lihat! Sungguh ku baru mengerti, baru tersedar dari lena. Sekularisma yang Yahudi cipta ternyata merosakkan iman dan manusia. Hanya bertuhankan akal. Mendapat ilmu hanya sekadar ilmu, tapi Ayah mengajarkan kami ilmu itu untuk terus dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Agar ilmu itu dihayati dan takkan dilupakan. Selama ini aku hanya mendengar, selebihnya ku butakan mata hati ku untuk melihat apa yang berlaku pada dunia hari ini sangat berkaitan dengan diriku. Tentu aku juga hanyut ditelan sekularisma tanpa mursyid. Aku bahkan hanya tahu memberontak dan berbuat sesuka hati di dalam syarikat ini. Oh betapa malu nya dengan Ayah Bonda dengan perangai ku yang tersangatlah biadap! tak bersyukur bahkan mengukir seribu kekecewaan dan luka dihati mereka.

Maafkanlah wahai Ayah Bonda..
Maafkanlah diri anakmu yang sering membuatkan dirimu kecewa..
Wahai Abbati-Abbati Barkah!
berkat kalian tolong alirkan ke dalam hati, jiwa dan diriku..
Agar akhirnya Ayah Bondaku tidak lagi menangis kerana diriku..

Sunday, 15 November 2015

Peluang dan Amaran

Allah..

hari ini aku masih lagi diberi peluang, 
peluang untuk membaiki kesilapan diri,
peluang untuk berkhidmat,
peluang untuk menjadi hamba dan khalifah,
untuk menunaikan janji pada Allah..

Telah banyak peluang yang diberi pada diriku, sampai kini aku tak pasti aku mampu ke untuk melaksanakan? Panduan terlalu banyak diberi namun untuk mempraktikkannya sudah tentu bukan semudah yang diakalkan, dan dicakapkan. Untuk terus berada dalam sebuah bahtera ini sudah merupakan nikmat yang terlalu besar buatku. Dalam bahtera ini aku diajar untuk melihat sesuatu itu dengan mata hati, diajar hati untuk melihat Allah disebalik kejadian. Dimana lagi aku mendapat ilmu yang ajaib sebegini rupa? Ilmu yang tersangatlah ajaib, besar dan agung untuk melihat zat yang maha agung itu dengan hati! Kini diberi lagi peluang besar, namun aku takut bahkan kecut untuk menerima. Maka ramai lah yang akan berkata

"untunglah dah meningkat"

Tahukah kamu bahawa semua itu merupakan bahaya dan amaran buat diri ini? Takutnya untuk menerima, takut juga untuk menolak. Siapa kita untuk berbuat kedua-duanya? Sedangkan Allah lah yang memberi peluang itu sebenarnya. Berada di dalam satu area ataupun zon pengharapan dari Ayah dan Bonda sudah semestinya menjadi satu azab kecemasan! Cemas andai tak menjadi seperti yang diharapkan. Maka diasaklah terus diri ini, bermacam ilmu dan panduan telah ditunjuk ajar. Untuk melihat akhirnya aku menjadi manusia, menjadi hamba Allah. Melihat peluang ini tak kurang jugak mendapat amaran dari Allah. Andai kau gagal, kau kelak akan dilempar ke Neraka! Sempatkah untuk merasa layak diatas peluang yang diberikan? Sedang amaran itu juga diberi. Satu amaran untuk kau terus rasa kau memang layak, tak berbuat dan takkan mampu! Kasihnya Allah, memberi peluang dan ancaman seimbang dengan nafsu yang sentiasa bergelodak, sentiasa berkecamuk. Maka diri ni berkerja keras lah untuk memastikan diri sentiasa terhubung dengan orang-orang Allah! Tapi hamba kan tetap hamba. Sentiasa ada turun naik. Amaran dan ancaman selalu sahaja dipandang sepi. Tewas lagi dengan kehendak nafsu.

Wahai Allah..
yang membolak-balikkan hati, yang Maha Berkuasa terhadap Hati dan diri ini, Engkau tentu tahu aku ini lemah dan tak mampu...
Wahai Nabi yang sentiasa memantau,
sudilah pegang hati ini, sudilah untuk menerima..
Wahai Ayah Bonda yang telah berkerja keras untuk memastikan aku ini menjadi hamba Allah, bukan lagi hamba nafsu, tolonglah anakmu ini wahai Ayah Bonda..
Wahai Abbati-Abbati Barkah!
alirkanlah barkah kalian padaku, agar aku tidak lagi menurut kata nafsu ku, agar aku tidak lagi tunduk dengan akalku.. moga jadilah aku apa yang diharapkan Ayah Bondaku..


Thursday, 12 November 2015

Takkan Pernah Tahu

Apa sebenarnya dihatimu? 
Aku takkan pernah tahu
Apa yang ada di fikiranmu?
Aku takkan pernah tahu

Kau memikul segunung beban dibahumu
Seberat apakah itu? 
Siapalah yang tahu...

Airmata mu yang mengalir manakan sama
dengan seluruh airmata di dunia
Cinta dan kasihmu sukarnya diterjemah
 jika bukan dengan hati yang benar-benar mulia

Mengasihi yang membenci
Mendoakan yang memusuhi
Aku bahkan tidak pernah mengerti

Mustahil aku pernah memberi apa-apa
kepada Dia yang memberi semuanya
Sekalipun terpaksa memerah 
keringat untuk selamanya..

Saban hari doaku
Andai bukan gembira yang ku cipta untukmu
Tapi janganlah derita yang ku ukir dihatimu
Jangan.. Oh Jangan..!

Andai saja aku punya kuasa
merubah segala dosa
memadam seluruh luka
Sungguh mana pernah ku bisa
Sungguh mana pernah ku bisa

Munajatku tolong dengari
Pintaku tolong penuhi
Agar beban itu segera Kau cabut dari bahunya
Bonda yang ku cinta..

Takkan pernah tahu...




Song by : Generasi Harapan
From book : Janji

Sunday, 25 October 2015

Mengapa perlu sensitif?

Wahai Hati...
mengapa kau terlalu sensitif dengan hal-hal keduniaan?
mengapa kau mudah dijentik dengan benda murahan? 
mengapa kau mudah untuk terlalu berharap pada yang tak selalu bersamamu? 

Perit kan bila dipinggirkan? 
Perit kan bila tak dipedulikan? 
Perit kan bila kau rasa macam tak wujud pun! 

Sakit kan merasa semua itu?!

Wahai Hati yang menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan,
Wajarkah kau untuk membiarkan kau jatuh dan lemah? 
Wajarkah kau rasa untuk kau terus diperhambakan nafsumu?!

Aduh hati!
berapa kali lagi di setiap jatuh dan bangunmu,
kau ulang berkali-kali kesilapanmu?
walhal kau pun tahu kan ubat untuk semua masalahmu itu? 
berapa lama lagi kau nak murah-murahkan untuk dunia yang tiada harga walau sebesar zarah pun ini?!

Cukuplah wahai Hati...

Cukuplah sampai disini sajaa!
berdirilah kau atas nama Allah dan Rasul..
menanglah kau dari nafsumu..
jangan lagi kau biarkan kau mati seperti dulu..

AbuyaBonda.. sudi tolong yee? 

Saturday, 24 October 2015

IBU

Wahai hati,
Engkau kata engkau sedih dgn pemergiannya,
Engkau kata engkau tidak kuat dgn kehilangannya,
Tapi mengapa engkau tidak melaksanakan hasratnya?
Kalau benar engkau sedih, mengapa engkau tidak bersungguh menjadi orang rasa?
Bukankah itu hasrat ibumu, ingin melihat engkau menjadi orang rasa,
Itulah hiburan terbesar buat ibumu.
Ibumu ingin melihat engkau menjadi org rasa, org berkat.
Ibu sangat ingin melihat anak-anaknya selamat di dunia dan akhirat.
Adakah engkau benar benar merasakan ibumu sudah tiada?
Kan hubungan hati itu takkan pernah putus kalau engkau sudah benar-benar menjadi org rasa!
Kan hubungan roh itu takkan pernah rosak kalau engkau telah menjadi orang berkat!
Bukankah ibu sudah membekalkan Allah dan Rasul buatmu?
Bukankah ibu sudah mempersiapkan para Ikhwan mereka sebagai sumber keberkatanmu?
Peganglah! Ganggamlah! Yakinlah!
Jangan sesekali putus.
Kerana itulah kekuatan hati.
Ayuh segera menjadi orang rasa!
Mari cepat-cepat menjadi orang rasa!
Agar nanti kita melihat kemenangan Islam itu berlaku di tangan-tangan orang berkat.
Oh ibu,
Berbahagialah dikau di sana bersama-sama kecintaanmu,
Anak-anakmu ingin menjejaki hatimu..
Dia selamat. Kita bagaimana?

Thursday, 22 October 2015

Nafsu itu perlu tenang

Engkau hendak berubah
Tetapi dengan nafsu sendiri engkau rebah
Engkau hendak baiki diri
Malangnya engkau selalu memilih jalan kiri

Hati engkau jelas kelihatan lesu
Kerana taubat engkau semuanya palsu
Ujian datang untuk lemahkan nafsu
Bodohnya engkau kerana nafsu tidak membisu

Lidah mengatakan hati kian retak
Tetapi nafsumu tidak pernah engkau hentak
Mulut petah berkata berbagai rentak
Tetapi dengan hati engkau buat lantak

Jiwamu seolah olah tidak takut perang
Perjuangnmu sentiasa diiringi parang
Sebenarnya engkau temberang
Kerana mengutamakan engkau punya pantang larang

Nafsu perlu tenang
Hati sewajibnya menang
Air mata hati perlu bergenang
Agar di akhirat nanti kita senang


--- Adib At Tamimi
13 Oktober 2015

Wednesday, 21 October 2015

Eidul Milad Adikku

11 Oktober 2015



Maka genaplah 18tahun umur mu di dunia ini.
Betapa Allah masih lagi memberi peluang padamu hidup untukNya,
dalam menunaikan ikrar dan janjimu.



Selamat membesarkan Allah dan Rasul,
Selamat dari kemurkaan Allah,
Selamat dari maksiat lahir dan batin,
juga selamat menjadi remaja Rasa!

Ketahuilah wahai adikku,
sebesar-besar hadiah Allah buatmu adalah berkat yang dihadiahkan pada kita semua.
Maka burulah ia, jangan lepaskan..
Moga kita sama-sama direzekikan Hati yang sejahtera...

7 Muharram ♥






7 Muharram

Allah takdirkan kelahiraku berlaku pada hari itu
Adapun peristiwa berlaku namun taklah luarbiasa sangat
Siapalah aku untuk menempah peristiwa itu
6 June 1995 tarikh dalam kalendar masihi



Cukup cantik lah, bagi diriku
Siapalah yang tak suka tarikh lahir sendiri kan?

Maka pada 7 Muharram 1437H ini,
Allah masih lagi izinkan aku hidup dibumiNya


Siapa sangka usiaku kini dah 20 tahun?
Sedangkan Allah boleh berbuat apa sahaja dalam tempoh umurku itu
Boleh sahaja Dia mengambil nyawaku,
mencacatkan aku aku atau apa sahaja..
Kerana Dia kan Maha Berhak ke atas tiap-tiap hambaNya?

Maka selama umur 20 tahun ini,
ku renungkan, fikir dan melihat ke belakang kembali
Memberi diri peluang untuk mengimbau
Adakah di sepanjang usiaku itu, aku telah menjadi hamba sebenar-benar Hamba?
Atau aku masih bersifat langit?

Dan akhirnya jawapan itu telah aku temui,
bersama jawapan yang sangat menghentak hati.
GAGAL! YA, AKU GAGAL!
Tipulah kalau nak kata berjaya,
Kalau dah berjaya, tentu aku dah menjadi orang rasa.

Oh Tuhan,
rupanya selama umur duniaku ini,
aku masih lagi gagal menjadi Hamba yang sebenarnya.
kerana aku masih lagi turutkan kata nafsuku,
masih lagi ku biarkan diriku dibodohkan nafsu,
diperkotak-katikkan oleh Yahudi!

Bahkan ternyata persembahan ku selama ini adalah BANGKAI!
Tuhan!! betapa zalimnya aku sebagai hambaMu!
Wajarlah Dikau menciptakan Neraka, untuk ku gerun dan takut padaMu.
Kerana dalam sembahyangku, rasa takut padaMu entahkan ada.
Bukan ku tak mahu wahai Tuhan,
Tapi kerana aku lemah dalam melawan nafsuku..
Maka selepas ini, sudilah untuk membantuku Ya Allah?
Agar sembahyangku bukan bangkai lagi,
Agar sembahyangku tidak mengulangi sembahyang Abdullah bin Ubai bin Salul,
Agar dengan sembahyangku ini, lahirlah rasa-rasa yang Engkau mahukan dariku..

Bantulah wahai Allah,
Bantulah wahai Allah,
Bantulah wahai Allah,
dengan berkat waliMu..

Friday, 21 August 2015

Peristiwa Akhir Zaman

Tuhan, Kau telah memberitahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di akhir zaman kami ini
Melalui lidah Nabi-Mu

Di akhir zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
Al-Qur'an dijadikan barang dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan

Tuhan, kekasih-Mu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin diseksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana

Tuhan, Nabi-Mu terus bermadah
Ilmu Akhirat ditinggalkan orang
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan

Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang

Tuhan, yang paling menakutkan
Nabi-Mu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
'Ulama yang memandang dunia
Tabi'atnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya

Tuhan, Nabi-Mu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak ambil peduli

Tuhan, penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi kekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian yang berharga

Tuhan, kekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru
Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah

Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran pasti kan terbukti

Thursday, 20 August 2015

S A H A B A T ♥

BERJUTA KEMAAFAN BUAT KALIAN WAHAI SAHABAT ANDAI AKU BUKANLAH SAHABAT SEPERTI DI ATAS. ASIFF JIDDAN !!

Tuesday, 18 August 2015

Merepek Kerepek Pisang Masin..

Assalamualaikum,

Hekhek.. sebenarnya lepas update sajak tadi, tangan ni masih nak menaip lagi. So, terbitlah entri ini. Eh! Taktau lah entri ka apa yang penting aku dapat menaip lagi. hihi. Sebenarnya, aku pun taktahu nak taip apa, tengoklah apa yang terlintas di dalam hati ni kan..?

Pagi tadi tetiba teringat dekat adik perempuan aku yang sekarang duduk di Miri. Akademi Gh Borneo lah katakan.. kadang terbit jugak perasaan cemburu kecik. Dapat duduk bersama dengan kerabat bani Tamim walaupun sesekali. Orang berkat tuh, siapa yang tak jeles? Padahal adik aku tuh selalu cakap "apa yang nak di jeleskan? Kalau duduk dengan orang berkat sekalipun tapi tak pandai nak ambil berkat takda guna jugak. Lebih baik duduk jauh tapi pandai mengambil berkat.. Cemas sebenarnya berhadapan dengan mereka.. Takut tak beradab, tak berhalus."

Betul jugak katanya. Adik aku tuh sejak duduk AGH dah macam orang lain dah aku rasa. Kalau bersembang dalam whatsapp tuh asyik nak serius jek, gagah aku nak bawak gurau. tapi serius dia tuh rupanya saja nak kenakan aku. Dahlah selalu guna ayat-ayat orang roh. Mana aku nak faham. Dah aku ni orang akal.

Dari adik aku lah juga aku belajar banyak benda. Belajar macam mana nak menangis di malam hari, belajar macam mana nak bercakap-cakap dengan Allah, belajar macam mana nak ambil berkat. Hmm, rupanya selama ni cara hidup aku bukanlah seperti yang aku nakkan.

Aku kata nak menjadi pembela Allah dan Rasul, nak jadi pembela Islam.. tapi ? sendiri punya tahu lah macam mana sikap selama ni. Macam ni ke yang dikatakan menjadi pembela Allah, Rasul dan Islam? Hmm, buang laut lah jawabnya..

kan kan kan ?

Rindu pulak dengan dia. Dah lama tak menyembang, sebab hp dia rosak. Nak kirimkan hp lain, kena tunggu aku beli hp baaru lah. Tapi sekarang ni aku ada target lain. Hmm, kena berkorban lagi ke?
Takpa lah.. untuk adik sendiri jugak, lagipun dia tuh boleh dipercayai. Untuk Islam katanya..

Okeh lah.. baby kecik aku dah mula memanggil! Amanda Safiyya memang gedik sikit budak nya. Sabar jak lah dengan peel nya. Nasib baik comel! Bye-bye yepp... Tatataaaaaa ~

Hamba datang wahai Tuhan..

Oh Tuhanku..,

Hamba datang wahai Tuhanku,
Hamba yang hina-dina ini datang wahai Tuhanku,
Membawa hati yang bernajis ini,
Untuk disucikan..

Hamba datang wahai Tuhanku,
Walau tidak layak,
Untuk hamba yang mempunyai hati bernajis ini,
MenghadapMu,
Kerana terlalu kotornya hamba..

Tuhan,
Hamba datang wahai Tuhan,
Meminta keampunanMu,
Maka tolonglah sudi ampunkan hamba..

Tuhan,
Hamba yang mempunyai hati yang bernajis ini,
Mengalir airmata,
Menangis wahai Tuhan,
Dengarlah rayuan hamba..,
Hamba datang untuk dibersihkan hati ini,.,
Bukankah kasih Tuhan mengatasi segalanya?

Tuhan,
Hamba tahu dan sedar akan kesilapan hamba,
Hamba mohon sepenuh hati wahai Tuhan!
Tempat hamba mengharap segalanya..

Mohon disucikan hati yang penuh najis dosa ini,
Mohon dibersih-bersihkan jiwa yang hitam dan kotor ini,
Mohon dilembutkan roh yang semakin liar ini..

Hamba mohon wahai Tuhan,
Dengarlah rintihan hamba,
Makhluk ciptaanMu Tuhan,
Walau tidak layak hamba meminta..

Tolong Tuhan,
Hanya padaMu tempat menyelesaikan segala-galanya,
Ingin diselesaikan masalah dengan rasa Hamba,
Kerana Hamba memang Hamba,
Engkau Tuhan..





sajak by : Ummu Raihanah..


Terima kasih atas hadiah sajak ini,
syukran jazilan ya asdiqa :')

Monday, 17 August 2015

Air Mata

Air Mata...

Hmm, air mata ni selalunya akan dikaitkan dengan wanita. Ye lah, wanita ni hatinya cepat tersentuh dan sensitif. Namun dengan airmata itulah yang akan menguatkan hati yang lemah. Jangan pandang wanita sebelah mata, tak gitu ? Walaupun wanita ni lemah tetapi hakikatnya wanita jauh lebih tabah berbanding lelaki.

Airmata ni biasanya akan kerap mengalir andai ada sesuatu kesakitan yang berlaku.
Sakit hati ke, sakit tangan ke, sakit kaki ke, tak kira lah sakit apa pun, yang penting sakit lahir.
Atau ia akan mengalir dikala hati bahagia, terharu, tergaru dan apa-apa lah yang menyenangkan hati.

Tapi,
jarang berlaku airmata ini mengalir kerana takutkan Allah.
jarang berlaku airmata mengalir kerana mengenangkan dosa yang terlalu banyak,
lagi jarang berlaku airmata mengalir kerana rindukan Nabi,
lebih-lebih lagi mengalir kerana menangisi nasib Islam!

Mengapa begitu?
Jawapan ada pada hati kita.
Tak perlu nak tengok orang lain.
Just look at yourself!

Kerana hati dah terlalu sarat dengan mazmumah, dah terlalu penuh dengan cinta dunia, dan terlebih muatan dengan rindu-rindu murahan adalah diantara asbabnya. Tapi point utamanya ialah bila hati tidak Takutkan Allah, tidak kenal dan cintakan Zat yang Maha Agung itu.

That's it!
Cukup mudah untuk menyuluh diri,
Tapi mudahkah nak membaiki hati?

Memang payah nak alirkan airmata untuk hal-hal akhirat.
Nak merasa dihati bahawa semua itu adalah hidup mati.
Wajib untuk menjadi orang-orang yang bertaqwa.
Kerana susah, disitulah ada kesakitan, ada mujahadah, ada pengaduan pada Allah, dan pengharapan tertinggi bersama usaha yang tidak putus untuk merasainya.

"Rintihan orang yang berdosa lebih aku cintai daripada tasbih para auliya'"

Pernah dengarkan ayat tuh?
Tanda bahawa tiap titisan airmata kita untuk Allah, Rasul dan Islam takkan disiakan-Nya!

Janganlah kedekut lagi untuk mengalirkan airmata untuk Allah, Rasul dan Islam.
Kita takkan pernah rugi pun untuk semua tuh.
Bahkan ia dinilai dan akan menjadi saham di akhirat sana.
Kenapa nak terasa rugi untuk menangisi segala dosa ?
Sedangkan airmata taubat itu adalah pemadam bagi api neraka.

Airmata, Allah ciptakan bukan kerana untuk di sia-siakan dan di murahkan untuk Dunia, tetapi ia untuk-Nya, Rasul dan Agama-Nya.
Takkan tak mahu bertemu Allah bersama hati yang penuh rindu dan cinta?

Mari, mari kita sama-sama hentikan kemurahan airmata,
jangan bazirkan ia pada yang tidak layak.
Mari kita berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk Allah dan Rasul.


Friday, 14 August 2015

Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang?

Salam Jumaat yang penuh berkat, mari kita baca dan cuba fahami sedikit sajak Abuya di bawah ini dan renungkan ke dalam diri kita. moga bermanfaat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. 





Engkau mempersoalkan ketidakadilan orang lain?
Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang?
Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan
Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau
Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara
Engkau dan mereka caci-maki si penzalim
Engkau dan orang ramai sakit hati dengan ketidak adilan mereka
Engkau atur strategi menentang mereka
Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara
Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah?
Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman?
Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri?
Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri?
Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang yang terzalim?
Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu ialah orang yang tidak kenal Allah
Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya
Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung dan tidak menyembah Allah
Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja
Tidak adil di bidang ekonomi, pembahagian projek yang tidak seimbang diagih
Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja yang engkau benci
Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan
Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil
Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi..



Menjelang Zuhur
18.10.99

Thursday, 13 August 2015

Robeklah Hatiku Dengan TakutkanMu

Tuhan!

Robek-robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu

Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu

Hancur luluhkan lah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu

Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu

Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrah dan Iradah-Mu

Agar jangan manusia dan kuasanya merobek-robek hatiku

Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatiku

Aku berlindung dengan-Mu jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku

Tuhan, selamatkanlah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya

Tuhan, apalah ertinya aku cintakan Syurga-Mu padahal hatiku tidak mencintai-Mu

Apalah ertinya aku takutkan Neraka-Mu sedangkan hatiku tidak takutkan-Mu

Tuhan! Hidayah-Mu yang aku pinta

Taufiq-Mu yang aku mahu

Selamatkanlah aku Tuhan!

Peliharalah aku

Pimpinlah aku ke jalan keselamatan

Engkau adalah Tuhanku, pelindungku




Selepas ekspidisi
3.9.99

Wednesday, 12 August 2015

Baru sibuk nak update ~

Assalamualaikum..

Hmm, dah berhabuk dah belog aku ni. Takda masa sangat nak jenguk. Nak kata busy tu tak jugak, cuma tu lah. Kena tunggu mood mengarang datang, baru nak jenguk. Aku ni bukannya nak jamin sangat kerajinan dan istiqomah aku dalam segala hal. Selalu saja ada turun naiknya. Dah namanya manusia kan? Selalu saja tersilap, tersalah dan berbagai ter lagi lah yang sememangnya lambang seorang hamba yang banyak sangat kelemahan. 

Banyak sangat peristiwa yang berlaku sejak aku tak update apa-apa kat belog ni. Biasanya, kalau tak update pun, tetap akan ada entri yang di drafkan. Maklumlah, aku ni jenis yang merapu terok. Nak diluah, tak tahu dengan siapa. Dulu adalah seorang hamba Allah ni jadik mangsa kemerapuan aku. Tapi tu dulu, sekarang lain. Haha. Tetiba datang mood gedik nak mengenang. Allah, pandulah!

Bila dah melalui macam-macam proses ujian ni *ayat aku ni macam dah familiar sangat pulak* nyatalah aku Gagal dan semakin gagal! Padahal dah selalu sangat dihujani dengan kata semangat, dorongan dan kekuatan dari suami, umi ayah, adik beradik dan sahabat tercinta. Tapi mengapa aku terus gagal? Teringat pulak satu kata-kata dari Imam Al Ghazali ni

' Kita sering menyalahkan sesuatu di luar diri kita tanpa menyedari punca sebenarnya di dalam diri kita '

Hmm, first baca ayat ni memang sentap gila! Perghh! Terlalu dalam menerobos masuk ke dalam dasar hati ianya menusuk. Memang pun selama ni aku selalu bersikap sedemikian. Asyik nak salahkan orang je. Kadang, aku ni nampak je muka suci, diam dan taat. *kadang je, okeyy* Tapi orang tak tahu apa yang ada dalam hati aku. Sering saja memberontak belakang-belakang. Lepas dah okay sikit hati tu baru nak sedar kononnya memang aku patut kena macam ni, macam tu, dan macam-macam sekalian. Baru lah nak insaf, padahal lepas tuh kompem akan ulang balik perkara yang sama.

Sebenarnya, banyak macam mana pun panduan, kekuatan, dan semangat yang disalurkan ia akan menjadi nothing bilamana diri kita sendiri yang tak ambil inisiatif untuk menguatkan diri kita. Kadang nak ditegur, bila dah ditegur tetap saja ambil mudah sebab teguran tuh hanya untuk menjadi halwa telinga sahaja. Amboiii diri! Besarnya mazmumah yang meraja tuh? Nak jugak menangkan nafsu yang sah-sah akan sentiasa membawa manusia kepada kejahatan.

Nak berubah tuh, dari diri sendiri je sebenarnya. Tak guna nak mengadu pada manusia dan mintak doa bagai kalau diri sendiri tuh takda usaha langsung nak berubah! Eh, menyampahnya! Lagi-lagi dengan diri sendiri. Gedik sangat tahap kuasa aiskrim yang beku bila nak menunjuk ujian yang dilalui tuh macam berat sangat. Padahal, itu tak berat dan bukan menjadi masalah pun. Yang menjadi masalah disini ialah bilamana ujian datang menyapa, tapi tak mendekatkan diri dengan Allah! Tak perbaiki hubungan dengan Allah dan Rasul! Takpe lah bila ujian datang, sampai kita menangis merintih-rintih di malam hari dek kerana beratnya ujian itu, kita takkan rugi apa-apa pun kan? Tak nampak lagikah yang ujian ni tanda kasih sayang Allah pada hambaNya? Tak rasa mahalkah dengan ujian ni? Kerana dari ujian ini lah kita mendapat kekuatan dan perhatian lebih dari Allah.

Okaylah, dah macam pelik sangat apa yang aku taip ni. Takut tersasar dari landasan yang sepatutnya. Allah Allah Allah, pandulah! Harap entri ni bukan lahir dari nafsu. Sekiranya berlaku yang demikian, nyatalah aku masih dibawah naungannya! Ayahh! nak jadi orang RASA! Doa mendoakan sesama kita. Jika ada yang lalai, kita ingat-ingatkan. Jika ada yang lemah, kita kuat-menguatkan.

Ampun maaf berjuta kali andai dengan entri ini membuatkan hati kalian tak senang hati, tak tepat dengan rasa hati, mengguris hati, melukakan hati dan bermacam lagi perasaan yang ada dalam hati kalian yang aku tak tahu, kerana setiap entri yang aku postkan disini lebih kepada memerli diri sendiri dan langsung tak kaitkan sesiapa. Kalau aku ada kaitkan, aku akan mention namanya di sini.

Asiff untuk kesekian kali..
Ampun Maaf Zahir dan Batin..
Sekiann ..



p/s : tak terlambatkan utk mengucapkan Selamat Hari Raya pada kalian? moga Aidilfitri kali ini membaawa makna kepada kita. AidilFitri seorang Hamba..

Wednesday, 15 July 2015

Oh Ramadhann ~

"Ramadhan siap-siap tuh dah nak pergi ke?"
"Ye, dah nak pergi.."
"Nak pergi mana? Nak tinggal saya ke? Sedihnyaa.."
"Kalau kamu sedih, saya lagi sedih"

"Kalau Ramadhan sedih, Ramadhan tak payahlah pergi. Kalau Ramadhan pergi, dari mana saya nak dapatkan kekuatan untuk hadapi 11 bulan lagi ni? Saya tak mampu, saya tak percaya saya bole hadapi nafsu tanpa Ramadhan.

Kalau Ramadhan kena pergi jugak, tolonglah! Tolong tinggalkan sebanyak-banyaknya kekuatan untuk jadi bekalan untuk saya. Saya nak dapatkan rasa-rasa yang sepatutnya ada dalam hati hamba. Saya nak dapatkan kematian yang berjaya.

Oh Tuhan, kalau bukanlah kerana hari raya itu untuk meraikan kemenangan orang-orang yang bertaqwa, saya tak nak raya. Saya tak sanggup nak raya. Apalah ertinya raya kalau ianya bermaksud kehilangan Ramadhan yang saya cintai dan rindui? Sedangkan saya cukup tahu Ramadhan hadapan belum tentu dapat saya temui.

Ramadhan, ada baki beberapa hari lagi ni untuk kita. Kita duduklah sama-sama ye? Biar nanti banyaknya kenangan antara kita. Biar nanti kalau Ramadhan dah takda, hati saya kekal bersama TuhanNya.."



"Puan Khaulah Attamimi"
now: 28 Ramadhan! :'(

Tuesday, 14 July 2015

Cerita Hatiku lagi....

Sabar.

sangat mudah diungkapkan namun untuk melaksanakannya amat susah. lebih-lebih lagi diwaktu kita sangat teruji dengan suatu keadaan yang sangat menekan. rasanya sepanjang bulan Ramadhan ni, aku seringkali melihat status kawan-kawan yang sepertinya tengah teruji gila, dan sebenarnya aku pun memang tengah teruji dengan bermacam situasi. bila umur dah meningkat maka ujian pun bertambah hebat lebih-lebih lagi bila dah naik tittle menjadi isteri orang. haa! tuh belum naik tittle jadi mak budak lagi. memang kena bersedia lahir dan batin lah jawabnya. 

seperti yang kita tahu di bulan Ramadhan ini, para syaitan telah diikat. nak tahu macam mana dahsyatnya dan sebatinya nafsu kita dengan syaitan di waktu ini lah! nafsu ni memang sangatlah menipu daya. kejap kelentong sana, kejap kelentong sini. sampai boleh gunakan nama Allah dan Rasul sedangkan itu hanyalah helahnya.

memanglah syaitan tuh dah diikat, namun ia masih mampu memberi arahan di balik tabir. syaitan main pekik je, bila nafsu dengar pekikan tuh, maka ia pun bertindak. haa, nampak kan permainan mereka?  nafsu pulak main taat lurus je, takda belok kanan or kiri. cuba kalau kebaikan yang nak dibuat, haa.. tengoklah macam mana Hati berbolak balik. macam situasi aku sekarang nih. tengah mujahadah kuasa 6 kot!

aku tak faham langsung dengan watak budak nursery 2 beradik nih tau. kejap datang sawan, kejap lagi datang gila. haiilahh! kalau tiap hari hadap situasi macam ni, aku takut je aku 'ter' belasah diorang. anak orang luar tuh! huhh.. ni lah budak zaman sekarang, aku cakap baik-baik dengan volume ayu kuasa 4 pun tak nak dengar! kalau umi aku dengar suara aku ayu macam tuh bole pengsan tau dak? *hiperbola sungguh! hakhak*

mana tak nyaa, aku nih kalau di rumah dengan adik-adik watak berubah menjadi mak tarzan. jerit sana, jerit sini. dah adik-adik aku semua suka buat dunno je.. siaplah kalau aku dah dapat. pulas telinga or cubit ketam tuh memang wajib. alaa, pulas and cubit manja katakan.. *coverline* cuma adik-adik aku tak tahu, marah aku kejap je sebenarnya aku sayang. tapi adik-adik aku lebih suka dengan adik perempuan aku yang sekarang nih duduk di bawah Akademi GHBorneo. sebab nya adik perempuan aku tuh jarang marah adik-adik yang lain. memanglah jarang marah kalau asyik suruh aku je yang marahkan? alasan dia nak tau apa? kononnya kalau aku yang marah, adik-adik aku cepat bertindak, kalau dia marah pulak semua buat tak tahu. *tangan ke bahu, mata ke atas*

berbalik pada kisah budak nursery tadi..
dua beradik nih memang suka bergaduh, dah tuh siap merajuk sesama sendiri. kalau dua-dua perempuan tuh, aku tak kisah sangatlah, sebab aku bole pujuk. tapi nih abang dengan adik perempuan. hanya kerana duit 10sen je pun jadi! haa, jangan macam-macam. yang abang ni jenis memang tak suka mengalah. biasalah, lelaki kan ego. haha. yang adik perempuan pun tak kurang jugak. ganasnya yaAllah! perangai kalau dah marah tuh sebijik lelaki dah aku tengok. yang aku pelik bila si abang yang merajuk tuh mintak perhatian dari si adik yang sudah bahagia dan tenang selepas bergaduh. hmm, macam-macam betul! si abang ni pulak, mood oke ke atau tak, dia akan buat kecoh. cthnya : tendang pintu ke, jerit kuat-kuat, buat gimnastik yang tak jadik sampai hampir jatuh di atas budak nsery yang tengah tido, sepahkan mainan dan banyak lagilah! jenuh nak layan! umur 9tahun tapi perangai macam yusuf. kalau comel macam yusuf tuh oke jugak.

*sebut nama yusuf rasa macam nak nangis pulak! rindu menggunung dengan karenahnya! T_T*

nasib baik si abang dan si adik sudah berbaik. kalau tidak, aku tak tahu lah apa yang jadik lepas ni. k lah. terasa macam membebel panjang pulak. nak lepas gian menaip sebab kebelakangan ni aktif dengan aktiviti rumah amal dan kerja kafe. dah bole jadik chef dah aku ni haa *senyum sinis* haha. yang tuh tipu
Di sisa-sisa Ramadhanku yang mengecewakan ni, kemaafan dipinta, moga kita sama-sama selamat.

Friday, 3 July 2015

Ramadhan, rezekikan Hati yang Suci..

15 Ramadhan..

telah berlalunya fasa pertama 10 hari Ramadhan,
sedar tak sedar tak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sama-sama renungkan apakah dalam 15 hari yang berlalu kita telah mendapatkan hati TARN ? apa usaha kita untuk memburu hati itu ? apakah 15 hari itu berlalu macam tuh sahaja tanpa sebarang pembuktian ?

Tuhan..
berlalunya hari itu tanpa ada sebarang usaha dan pembuktianku,
aku diuji sedikit, namun gagal!
sedangkan aku kata sanggup susah dan menderita untuk mendapatkan hati TARN!
tapi perbuatan tidak selaras dengan kata-kata bahkan jauh menyimpang.

"Rohkan Ramadhanmu dengan AAA! Berpuasalah juga dalam keadaan rindukan Nabi!" -pesan Ibu dari status bbm ayah perjuanganku.

bila ku lihat Ramadhanku yang berlalu, memang aku gagal dalam melaksanakan harapan Ibu dan ayah perjuanganku! kena pecut gila-gila tapi apa yang aku telah lakukan? aku tak sahut langsung seruan mereka! sedangkan mereka sangat menginginkan keselamatanku! AAA!

seringkali aku menjadi orang yang mengecewakan,
seringkali aku menjadi orang yang terakhir,
seringkali aku menjadi pahit di hadapan dan belakang!

kenapa aku sanggup membiarkan airmata kekecewaan mengalir di pipi mereka ?
mengapa aku sanggup menghampakan kehendak mereka ?

Wahai Allah!
janganlah Kau takdirkan aku menjadi orang yang tidak direzekikan hati TARN..
Kau masukkanlah ke dalam hatiku kesungguhan untuk mendapatkan hati itu!
hati yang dipenuhi dengan rasa takutkanMu dan rindukan Nabimu..
hati yang tidak ada ruang walau sebesar zarah pun untuk Dunia menghuninya.
Hati yang selamat sejahtera,
Hati yang Suci!

Di bulan berkat ini, anugerahkanlah wahai Allah!




Wahai Tuhan yang Mencipta Hati,
Yang mencampakkan berbagai jenis perasaan dlm hati ini.

Ada rasa rindu, kecewa, marah, geram, sedih, gembira, teruja, terharu dan bermacam2 lagi perasaan.

Dalam kekuatan aku lemah,
Dalam kelemahan aku menemui kekuatan.

Kuatkan hatiku besarkan jiwaku atas ujian2 yang Kau berikan dan ujian yang bakal Kau datangkan untukku.

Sesungguhnya aku lemah!
Kerana aku hanyalah hamba!
Terlalu memerlukanMu.

Rahmat dan Kasih sayangMu sungguh besar.
Ujian Kau datangkan ini rupanya salah satu surat rindu Mu terhadapku, Agar aku menemuiMu dgn tangisan kelemahan, penuh pengharapan dan seribu penyesalan.

RedhaMu itu yang aku perlu!
Belas KasihMu, itu yang aku damba!
PengampunanMu itu yang ku pinta!

Bersama sebesar-besar pengharapan agar apa yang aku lalui kini dpt menguatkan jiwaku, supaya aku mampu membela Islam dgn sesungguh hati hingga aku sanggup mati kerananya!

Akan ku belajar menerima segalanya dgn hati yang rendah diri
Kerana aku sememangnya layak diuji
Kerana aku adalah hamba
Moga hati hamba jugalah ganjarannya..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Khamis 2 Julai 2015).

7 NAMA RAMADHAN YANG MULIA.

Ramadhan berasal dari akar kata  Arab  ramidha  atau ar-ramadh yang berati panas terik matahari dan kering. Dari akar yang sama ada ramdhaa maknanya pasir yang panas.

Dalam erti bebas pengertian Ramadhan adalah bulan yang panas bagi manusia membakar segala dosa yang telah dilakukannya.

Ramadhan merupakan suatu bulan yang sangat utama, yang sangat dinantikan bagi orang yang yang beriman  suatu bulan sebagai penghulu segala bulan.

sebagimana yang disebutkan dalam Hadis Nabi SAW:

“Bulan yang paling utama adalah bulan Ramadhan, dan hari yang utama adalah hari Jumat”. Selanjutnya nabi bersabda ”Ramadhan telah datang kepada kalian, bulan yang penuh keberkatan, pada bulan itu Allah SWT memberikan naungan-Nya kepada kalian. Dia turunkan rahmat-Nya, Dia hapuskan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa), dan dia kabulkan do`a, pada bulan itu Allah SWT akan melihat kalian berlomba melakukan kebaikan. Para malaikat berbangga dengan kalian, dan perlihatkanlah kebaikan diri kalian kepada Allah SWT. Sesungguhnya orang yang celaka adalah orang yang pada bulan itu tidak mendapat Rahmat Allah SWT”. (HR. Ath-Thabrani)

Ramadhan mempunyai  beberapa nama gelaran yang mulia diantaranya:

1. Syahrul azhim (bulan yang sangat agung).

Azhim merupakan salah satu nama dan sifat Allah. Adalah juga untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Ramadhan mulia dan agung, karena Allah SWT sendiri telah mengagungkan dan memuliakan bulan Ramadhan ini.

2. Syahrul Barakah (bulan yang penuh keberkahan).

Ramadhan Bulan penuh berkat, berdayaguna dan bermanfaat. Setiap detik waktu yang berjalan pada bulan suci ini, ia bagaikan titik cahaya keimanan, rangkaian mata berlian yang sangat berharga bagi orang beriman.

Karena semua apa yang dilakukan baik secara sembunyi maupun nyata akan  diberkahi dan amal ibadahnya dan dilipatgandakan pahalanya.

Khutbah Rasululah SAW pada akhir bulan Sya`ban

“Wahai manusia, bulan yang agung, bulan yang penuh berkat telah menaung. Bulan yang didalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang padanya Allah SWT mewajibkan berpuasa. Qiyamullail disunnahkan.

Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya.

Dan barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan tujuh puluh kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadhan (HR. Bukhari danMuslim).

3. Syahus Shiyam (bulan melaksanakan puasa).

Pada bulan Ramadhan setiap muslim yang mampu diwajibkan untuk berpuasa, perjalanan bulan Ramadhan dari awal hingga akhir adalah keharusan kita menegakkan satu dari lima rukun (tiang) Islam yang sangat penting, yaitu shaum (puasa).

Keberkatan yang Allah SWT limpahkan terhadap orang yang melaksanakan puasa Ramadhan yang  telah dijanjikan Allah SWT.

4. Syahrul Ijabah (bulan di makbulkan doa)

dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Ada tiga macam orang yang doanya tidak ditolak, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam yang adil ,dan orang yang didzalimi, diangkat oleh Allah SWT sampai di bawah awan di hari kiamat nanti, dan dibukakan baginya semua pintu langit, lalu Allah SWT berfirman : demi Kemuliaan-Ku, Aku benar-benar akan menolongmu.” (HR. At-Tirmidzi).

Dari Abdullah bin Amr RA, Rasulullah SAW bersabda:

”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbukanya terdapat doa yang tidak tertolak”. (HR. Ibnu Majah).

Abu Sa’id al-Khudri RA berkata,  bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengetahui batas-batasnya, dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, akan dihapuskanlah dosanya yang sebelumnya." (HR Ahmad dan Baihaqi).

5. Syahru nuzulil Qur'an.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانَِ

Ertinya:
,“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia, penjelasan bagi petunjuk, dan furqan (pembeda).” (QS. Al-Baqarah : 185).

Keutamaan membaca Al-Qur’an pada bulan Ramadhan adalah merupakan suatu kebaikan yang dijanjikan akan dilipatkan gandakan pahalanya oleh Allah Yang Maha Pemurah dibandingkan dengan membacanya pada hari-hari biasa, sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keutamaan membaca Al-Qur’an.

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR. At-Tirmidzi).

Dari Ibnu ‘Abbas RA.“Adalah Rasulullah SAW orang yang paling dermawan, dan lebih-lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan, kemudian Malaikat Jibril menjumpainya setiap malam Ramadhan untuk bertadarus Al-Quran, dan Rasulullah SAW pun lebih dermawan lagi dalam berbuat kebaikan (sepanjang bulan Ramadhan) melebihi cepatnya angin bertiup.” (HR. Bukhari).

6. Syahrul Muwasah (bulan santunan/ solidariti).

Di bulan Ramadhan ini adalah merupakan suatu bulan santunan, yaitu setiap muslim yang mampu diwajibkan untuk dapat memberikan kelebihan rezekinya, menyantuni, menderma kepada  hamba Allah yang memerlukan, atau di saat itu ditimpa kemalangan, tidak mampu berbuat mencukupi hidupnya, maka sangat dianjurkan bagi setiap Muslim untuk memberikan sebagian rezekinya sebagai bentuk kasih sayang dengan sesamanya yang keadaannya jauh memprihatinkan daripada kita, dan yang utama dibulan Ramadhan ini adalah setiap muslim diwajibkan untuk membayarkan zakat fitrah untuk diberikan (santunan) kepada hamba Allah yang tergolong tidak mampu dan membutuhkannya.

Dari Zaid Ibnu Khalid,  bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan berbuka puasa, maka ia memperoleh pahala sama dengannya, hal tersebut tidak mengurangi pahala orang yang shaum barang sedikitpun.” (H.R. Ahmad).

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 103:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya:
"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya do`a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Q.S. At-Taubah: 103).

7. Syahrus shabr (bulan sabar).

Bulan Ramadhan melatih jiwa Muslim agar dapat tahan uji dan mampu memikul suatu tanggungjawab,  sentiasa  besabar tidak mengeluh. Karena kesabaran merupakan suatu kekuatan jiwa dan spiritual dari segala bentuk kelemahan mental, spiritual, dan operasional. Orang bersabar akan selalu bersama Allah SWT sedangkan balasan orang-orang yang sabar adalah syurga.

Biasanya ujian kesabaran ini selalunya datang pada saat kita semakin terasa dekat kepada nikmat Allah SWT, ujian  keluarga, pekerjaan mahupun kehidupan sehari-hari akan menjadi suatu taburan kecemerlangan ibadah orang yang berpuasa dengan sabar dan sesuai hisabnya, insya Allah syurga balasannya?

Semoga Allah senantiasa memberikan kurnia-Nya agar kita sentiasa dapat memanfaatkan perjalanan hari-hari Ramadhan untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam

Catatan:
ILMU ITU MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
Sila KONGSIKAN Dengan Sesama SAUDARA  KITA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.


TERIMA KASIH.
(Khamis 15 Ramadhan 1436 H).

Thursday, 2 July 2015

Ramadhanku














Gelodak hati ini,
Perasaan berkecamuk,
Membawa seribu erti,
Penyesalan yang tidak terhingga.

Menempuh tiap detik yang mencemaskan,
Hati menjadi resah gelisah,
Perpisahan yang semakin menghampiri,
Tuhan, ampunkan aku.

Ternyata di Ramadhan kali ini,
Aku tidak mampu lagi mendapatkan rasa itu,
Airmata ku tidak mampu mengalir,
Menangisi segala dosa dan ketelanjuran.

Sungguh aku berusaha,
Mungkin usahaku tidak semaksimum mungkin,
Dalam mengejar cintaMu,
Tiada bukti untuk penyaksian ikrarku.

Derita hati ini,
Sengsaranya batin ini,
Menjerit kepiluan,
Mengapa hatiku begitu keras ?

Ampunkan aku wahai Tuhan,
Jerit hatiku, tangis hatiku,
Kerana kekerasan jiwaku,
Jangan biarkan aku.

Kini ia beransur pergi,
Apakah masih ada harapan,
Untuk aku bertemunya ?
Hati kecilku bertanya..
Hari raya yang bakal tiba,

Sungguh aku tidak layak merayakannya,
Mencuba utk meraikannya,
Berharap semoga ada keberkatan
dari mereka yg berjaya ~

#26Ramadhan1435H

Wednesday, 1 July 2015

Assalamualaikum, Salam Kasih Sayang GISBH kepada semua. Alhamdulillah, Allah rezekikan juga menulis blog walau selama ni banyak entri yang di drafkan dek kesibukan lahiriah dan rohaniah. Sepanjang ketiadaan masa untuk menjenguk walau sesaat pun blog ini, berlaku lah berbagai pengalaman dan peristiwa hidup, dan segalanya mula berubah sejak 1 Mei. Hari berkat, Hari kelahiran Ibuku yang sangat berjasa. Al Fatihah dan Salam Rindu buatmu Ibuku, moga direzekikan hati seperti hatimu. 

Sebenarnya tak adalah sibuk sangat sebab rancak dan aktif dalam whatsapp group, cuma agak liat dan malas sedikit bila nak reply chat personal. *penyakit baru kot* kalau ada hal penting baru terhegeh-hegeh nak chat orang. okey, my bad. akan diperbaiki kemalasan dan ke'liat'an itu. sejak dah naik tittle perangai dan mood pun berubah. semakin hairan dengan diri sebenarnya huhu. hmm, sebelum terlupaa..

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak.
Jadikanlah Ramadhan kali ini, Ramadhan yang terindah dan terbaik kita dari yang sebelumnya. Bersungguh gila-gila dalam mengejar Takut Allah dan Rindu Nabi. Aku pun baru nak belajar step by step dalam hal ni, pandai cakap je tapi bila nak laksanakan tuh otak blur pulak! amboii diri aku ni! nak kena rotan kuasa berapa baru nak up? suka sangat nak mengada blur-blur bagai. kalau dalam program muka serius je, sungguh-sungguh je fokus kat Tuan. rupanya fikiran melayang, hanya jasad sahaja yang mendengar, sebab mata tuh asyik sungguh-sungguh nak tutup. Allah! moga lepas ni taklah perkara tuh berulang lagi. 

Bila nak cakap pasal hati TARN ni, takut pun ada jugak. Takut sebab nanti pandai cakap tapi tak pandai buat. Kadang bincang dalam whatsapp group, macam mana nak dapat hati tuh dan apa usaha kita? perkongsian rasa dari kawan-kawan sedikit sebanyak memberi semangat. Ella lah yang suka mulakan topik serius tuh bila semua dah pakat merapu teruk! Syukran Ella! memang ada masanya hati kita perlu dikasari supaya sedar akan matlamat hidup. Allah dah beri banyak peluang untuk kita buktikan segala janji kita. kenapa nak sia-sia kan lagi peluang itu? kenapa biarkan hari berlalu begitu saja tanpa sedikit pun usaha untuk memberi pembuktian janji?! sebenarnya diri aku lah tuh. memang tak payah nak cakap orang lain, dan entri ini untuk diri aku bukan untuk orang lain. dan kalau ada yang terbaca entri ni, maaf zahir dan batin.

celik pejam dah masuk 13hari Ramadhan. renung balik, disepanjang 12 hari yang berlalu ni apa usaha aku untuk dapatkan hati TARN ? rasanya tak ada! selalu saja turun naik! bulan Ramadhan ni, syaitan dah diikat tapi oleh kerana sebatinya diri ku dengan nafsu syaitan maka tetaplah aku begini. bahkan semakin merundum jatuh! sebab itu Allah berikan ujian demi ujian dalam setiap hari, supaya aku sedar dan bangun dari perangkap nafsu ku sendiri. haraplah selepas ini aku takkan lagi sanggup untuk mengkhianati janjiku pada Tuhanku. Pada yang terbaca entri ini, doa mendoakanlah kita. moga kalian juga mendapat hati TARN..

ampun maaf andai ada tersilap kata dan bicara. 
maaf zahir dan batin dari hati. 

Monday, 27 April 2015

Aku MilikMu

Kini barulah ku tahu
diriku hanyalah barang ciptaanMu
aku bukanlah milikku 
sedikit pun tiada kuasa ke atas diriku
diriku milikMu oh Tuhan

Penciptaku, menciptakan aku
bukan untuk tujuan diriku
tapi Allah bermaksud mahu aku
menjadikan diriku ini untuk diriNya

Sepertilah ibu ayahku berharap 
agar ku tidak menderhakai mereka
Kebahagiaan ibu ayahku, bila ku sayang sepenuhnya
dan aku takut kalau kehilangan mereka

Maka Allah Penciptaku itu n
yang Dia boleh ku hubungi dengan Hatiku ini
sentiasa menungguku 
menunggu ingatanku kepada DiriNya
kerna Dia tidak pernah melupakan aku

Dia dalam keadaan tidak boleh melupakan aku
tidak boleh berpisah dengan Hatiku ini 
maka selamanya Dia menunggu
menungguku...

Menunggu Hamba mengenanginya membalasinya
Cinta dan Rindu Tuhan pada Hamba ciptaanNya
Sesungguhnya Dia meminta kita
Hiduplah untukNya dan mati jua buatNya..

Akan ku cari Tuhanku biar ia kekal di rasa Hatiku
Biar ku habiskan umur untukNya
Agar nanti bila ku dipanggil kembali padaNya
Dia memandangku dengan penuh Rindu dan Cinta

dan aku kan menangis gembira


- Generasi Harapan
           Fatim & Ubadah -

Thursday, 23 April 2015

Diam

dalam diam ada yang memerhati 
dalam diam ada yang memendam rasa
dalam diam ada yang terluka


dan dalam diam juga aku menyimpan
segala rahsia hati
kesakitan dan penderitaan hati.
oh tidak, mungkin bukan hati yang menderita tetapi nafsu.
terseksa perasaan, sampai bila aku boleh bertahan? 

tapi takkan lah aku hendak mengalah sedangkan Tuhan telah berjanji

atas tiap kesukaran itu pasti disertai kemudahan..
Tuhan kan ada ? 
kini setelah berbagai ujian dan ancaman yang aku lalui,
aku sedar bahawa aku terlalu perlukan Dia.
dahulu aku tahu tapi tak memahami dan berbuat.
dahulu aku lebih suka untuk mengadukan masalah kepada manusia
yang sama sepertiku yang tiada daya apa-apa.
sedangkan ujian yang didatangkan itu 
tanda bahawa Penciptaku itu sedang memanggilku, 
bila aku tidak mencariNya, 
Dia mengancam aku agar aku terus mencariNya, 
kerana Dia rindukan aku, 
ingin aku untuk bermanja, mengadukan masalah padaNya..
tapi aku ? oh Tuhan! betapa zalimNya akuuu !
kejinya hamba bersikap seperti itu
memang layaklah jika selama ini ujian kau berikan tanpa henti padaku,
namun Baiknya Kau selitkan juga sedikit nikmat untukku.
walhal aku sering melupakanMu dikala susah dan senangku..

masih adakah ruang pengampunanMu untuk hambaMu yang zalim dan kejam ini wahai Tuhan? 

layakkah aku untuk mendapat cintaMu ? 
Tuhan, jangan lagi Kau biarkan aku putus lagi denganMu.
hubungkanlah hatiku denganMu agar aku tidak lagi tertipu
dengan permainan nafsu dan Dunia yang sangat menipu ini.

untuk itu, aku mohon wahai Tuhan!

andai dalam aku mengambil keputusan untuk berdiam ini, ada yang terluka
Kau hiburkan lah hatinya,
andai ada yang terguris hati, Kau berilah dia kekuatan!
Engkau kan tahu apa yang sedang bergelora dihatiku ?
cukuplah aku hanya mengadukan padaMu, kerana Kau lah pemilik Hatiku.


Monday, 20 April 2015

about my dearest lovely Friends

Salam pagi buat semuaa..

tiba-tiba mood nak merapu terlalu menggila.
takpalah. kali ni, layankan je lah! 
moga dalam merapu ni Hati tidak lalai dengan Zat yang Maha Baik.
hari ni mood nak perkenalkan kawan-kawan seperjuangan aku.
bermula dari otai dulu..


Juwairiah bt Habib Mahadi
11 Jan 1995
Tawau, Sabah.

jue ni boleh dikatakan kak long Sabah2/4. sebab dia lah yang paling tua dikalangan remaja puteri Sabah2/4. 
watak jue ni sangatlah periang, happy go lucky, bibiran, becok.. eh! haha.. over pulakk. sangat suka bergurau, jue ni nampak ja ganas tapi sebenarnya dia jenis yang cepat tersentuh. cheff utama di Kafe Sandakan ni! masakan dia memang sedapp! bagi aku lah. Jue ni sebenarnya cerdik orangnya, tapi disebabkan suka main maka kecerdikannya hilang di mata manusia. sama-sama lahir dan membesar di Tawau, dan bersama-sama juga belajar di KK masa form 1. teringat pulak time dia ni berpindah ke Singapore. sedih gilaa! walaupun aku dan dia taklah rapat sangat, tapi perpisahan tu terlalu jauh. masa tu memang otak dah cakap, lepas ni tak dapat jumpa ijue suda! tak sempat jumpa pun sebelum jalan. maka tinggallah aku seorang batch 95 yang tinggal di Lahad Datu. sejak ijue pindah, aku lebih banyak duk rumah berbanding asrama, lagipun memang aku suka buat peel nafsi-nafsi. bila Halimah dan Kila balik Sabah, terharu jugaklah bila Ijue ada belikan ole-ole untuk aku. Siyes, tak sangka! terharu gilaa lah! haha. sayang ijue !


Sharifah Siti Hajar bt Hbb A Rahman   
 23 Jan 1995
Sandakan, Sabah.

Ni pulak Hajar atau nama manja nya Ajai or najai. watak ajai ni memang sempoi! brutal, selamba dan simple orangnya. walaupun satu zon tapi kenal bila sama-sama belajar di KK. dan agak rapat bila dipindahkan ke LD. aku bukannya rapat sangat dengan dia. sebab dia ni rapat dengan jue, kakngah dan ifah! memang diorang bertiga BFF gila lah! :D 
Allah takdirkan aku rapat dengan dia, masa era Q di ranau pada tahun 2011. Ajai ni lawak jugak orangnya. bila dia tak suka sesuatu, dia akan cakap lepas. paling tak boleh dilupakan lah peristiwa di ranau sepanjang Q, sungguh mencuit hati. memang tergelak sensorang bila teringat!

Ainatul Mardhiah bt Mas'ud
8 Mac 1995
Tawau, Sabah

ni dia BFF aku. memang rapat dari kecik lagi. masuk tadika sama-sama. masuk sek ren pun sama-sama. tapi Allah pisahkan masa umur 9 tahun. memang menangis seminggu bila dia pindah. hehe. kemudian Allah pertemukan kembali 3tahun selepas itu. Aina ni jenis pendiam, tak banyak cakap, kalau ketawa dia akan senyum ja. memang stok budak baiklah! tapi kalau dengan aku, dia ni banyak mulut! kata-kata dia pun agak berbisa jugak, haa! jangan main2! jangan disangka air yang tenang tiada buaya xD..
kalau aku ada masalah aku lebih suka libatkan dia, sebab dia pandai kawal emosi aku yang selalu tak stabil. kadang aku saja wat perangai untuk tarik perhatiannya sebab dia kalau dah buat kerja, 1 benda pun dia takkan layan. teringat masa bergaduh dengan dia, Allah! sedih laa sangat hati ni. tapi sebab ego tak mahu mengalah, aku teruskan juga rajuk aku. alaa, bukan selalu.. dan bila dah bergaduh tuh, saat nak berdamai takda ayat mintak maaf. aku akan tiba-tiba usik dia. bila dah 2-3 hari berbaik baru sibuk nak mintak maaf. ayat paling famous dia "lepas ni janganlah kita bergaduh lagi. sunyi nanti aku kalau ko tak kacau akuu" haha.. 
gedik gila ayat! memang dia akan cakap ayat tu sambil pegang tangan aku buat muka nak penampar free.
sekarang Aina dah jadi serikandi dan bidadari dan telah dikurniakan seorang anak bernama Muhd Iman Haikal. comel gilaa Iman! dan menetap di Miri di bawah GH Borneo bersama suami tercinta. hmm, berpisah jauh lagi. 
walau sejauh mana pun berpisah, yang penting Hati sentiasa dekat. sentiasa mendoakan dirimu Sahabat! 


Nurul Alifah bt Md Jun
23 Mac 1995
Tawau, Sabah.

yang ni, yang ni! haha. ifah ni wataknya sangat suka buat lawak. periang, masa kecik dulu, aku suka menyemak ikut keluarga dia balik beraya di kampung. bila dorang 1 family nak balik kampung, aku akan tunggu depan rumah diorang sebab nak ikut. takut kena tinggal, padahal memang confirm akan ikut sekali sebab umi dah izinkan. hehe, biasalah budak-budak. suka over excited bila nak balik kampung. ifah ni team TVI, matang orangnya. sebab matang lah dia kawin awal. haha. jodoh dah sampai, nak buat macam mana?  dah ada seorang puteri. Hanani Khadijah nak masuk 2 tahun dah tahun ni. tapi hujung tahunlah. lama lagi, kalau ada sesiapa nak bagi hadiah, nanti bgtau ana.. hihi.. ifah ni jenis cepat emosi sikit orangnya. kalau ada ura-ura remaja nak dikahwinkan dia akan cepat-cepat chat aku, tanya samada aku naik nama ke tidak. risau sungguh! siap suruh jangan setuju lagi. haha. ifah oh ifah! rindu kau lah! tapi dia memang ada sebab kenapa bertindak macam tu. tapi selalunya aku akan ketawakan dia sebab terlalu cemas, dia pula akan marah aku. mana aku tak gelihati ? ayatnya memang lawak kot!  semoga urusan ko nak bersalin yang kedua ni dipermudahkan Allah. 


Siti Fatimah Taqiah bt S.Yahya
10 April 1995
Sandakan, Sabah..

ni pasal kak ngah.. kak ngah ni watak dia agak gelabah2 sikit. semangat bila nak buat sesuatu. masa form2 dulu aku pernah ikut sekali buli kak ngah ni. memang agak kejam lah jugak. maaflah kakngah, time tuh otak agak sewel sikit. huhu. jenis caring dgn kawan2 dia, suka buat lawak, jenis selamba depan orang, berani nak bercakap di khalayak ramai. team penasyid dgn Aina. ni pun dah kawen dengan orang melaka. memang tak sangka kak ngah akan kawen dgn ashraf sebab 1 kisah tuh. kak ngah suka buat watak yang pelik2! memang gelak habis 1 asrama bila dengar kisah tuh. haihlahh kak ngah. sampai sekarang watak ko masih pelik2! ingatkan lepas kawen akan berubah sikit. rupanya 2x5 sepuluh jugakk. haha.. nanti baliklah beraya di Sabah ya ngah. rindu raudhah, mama dia tolak tepi :p .. 


Siti Fatimah bt Haslin
31 Dis 1995
Kota Kinabalu, Sabah

cerita pasal imah ni takda lah banyak sangat. cuma dia ni special orangnya. suka sangat usik dia. suka merajuk-manja. imah ni watak dia lain dari kami yang sebaya dgn dia. 1 premis bakery dgn dia time form5. memang kenangan gila lah! tapi tak lama lepas tu, dia ikut ayah dan uminya berpindah ke Tg Belungkor. sedih kecikk. apalah agaknya khabarmu ya imah ? rindunya dgn kau! 


aku sayang semua kawan2 aku ni. ni baru remaja sabah 2/4. kalau ikutkan nak taipkan sekali nama kawan2 di zon Sabah 1 sekali tapi tak larat pulak. yang ni pun dah terlalu panjang berjela-jela.. 
okeylah. sampai di sini dahulu.. assalam ~ 

Sunday, 19 April 2015

Ahlan Wasahlan ya Rejab..





" Malam ini nanti In Syaa' Allah bulan hijriah akan masuk 1 Rejab 🌙.

Doa awal Rejab.

اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baarik lanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhaan.”

Yang ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam Nishfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Wallaahu A'a-lam.

Sempena bulan Rejab yang dimuliakan Allah . Semoga segala amalan kita di dalamnya diterimaNya dan mendapat redhaNya Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamin.. "


moga lena kita semua dikira sebagai amal ibadah oleh Allah . 
sebelum tidur, jangan lupa pasang niat untuk bangun awal.
Baca Suratul Fatihah, Ayat Kursi dan Surah 3 beradik.
"Wahai Malaikat QoiHaq, tolong bangunkan kami di malam Hari untuk bertemu dengan Allah"
kemudian baca doa dan tidur! hehe..