Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua yang menyambutnya.
Sedar tak sedar sekarang dah 17 Ramadhan, bermakna semakin hari, tiap saat dan detik yang berlalu Ramadhan sedikit demi sedikit mulai beranjak pergi meninggalkan kita semua.
Ada di antara kita, mulai merasa teruja untuk menyambut ketibaan Syawal.
Ada juga di antara kita yang semakin kuat tangisan sayu, pilu dan rindu bahkan meraung kerana takut gagal dalam melayani tetamu yang Agung ini..
Tuhan... bagaimanakah hatiku agak-agaknya yer..
Adakah di tarikh 17 Ramadhan ini, aku semakin menjadi baik ataupun aku lah yang menjadi yang paling jahat lebih dari jahatnya syaitan..
Dikeranakan di waktu Ramadhan ini, syaitan juga turut akur dengan Allah.
Diikat, dan dibulan ini pintu Neraka juga ditutup..
Allah Tuhanku itu seolah-olah membuatkan semua ini
agar jangan sampai ada di antara hamba-hambaNya yang membuat dosa.
Tapi.. mengapa ku rasakan kegagalan yang berlaku wahai Allah?
aku takut.. andai selepas perginya Ramadhan ini, aku semakin jauh darimu..
menjadi sejahat-jahatnya manusia..
kerana di waktu syaitan diikat inipun.. aku..
aku terlalu gagal dalam melawan kehendak nafsuku..
aku lemah dalam bermujahadah..
bahkan dalam setiap peperangan demi peperangan aku selalu saja mengibarkan bendera kekalahan..
Wahai Tuhan... tolonglah aku..
tolonglah aku.. jangan sampai aku dikalahkan lagi oleh nafsuku..
dengan berkat orang-orangMu..
ku mohon.. jangan biarkanku gagal lagi...
Islamic Musical
Thursday, 23 May 2019
Friday, 20 January 2017
Debar
Assalamualaikum...
Apa khabar korang?
Moga-moga sihatlah hendaknya.
Hmm, sesuai dengan tajuk entri ni,
memang nak cerita pasal debar pun.
Tapi bukanlah debar jatuh cinta ka apa,
Tapi debar menunggu hari untuk melahirkan anak sulung ni..
Cuaknya hanya Allah yang tahu.
Agaknya camni lah kut perasaan umi time mengandungkan kami 12 beradik.
Taklama lagi due.. Harap Allah permudahkan segalanya dengan berkat para kekasihNya..
Dalam debar tuh ada berbagai perasaan lagi.
Rasa takut ada, rasa teruja, rasa tak sabar nak pegang baby ni.
Tak kisahlah gender apa sekalipun, yang penting lahir dalam keadaan yang sihat, baik dan normal.
Walau berkali scan, tak pernah sekali pun tanya doctor apa gender baby ni. Haha
Orang lain semua duk sibuk tanya gender baby ni, tapi tuh laa.
Cakaplah perkara sebenar.
Bila orang tanya kenapa taknak tau gender,
jawapannya mestilah "Nak buat suprise untuk diri sendiri.."
ye laa, sebab kadang hasil scan ni bukan betul pun kann?
Kang cakap lelaki, keluar perempuan..
Allah kan boleh buat apa sahaja.
Cemas tunggu turn nak melahirkan sebenarnya..
Moga Allah beri kekuatan untuk menghadapi sakit maut yang kedua itu..
Tak terbayang rasanya sakit tuh camna.
Dengar dari cerita yang berpengalaman pun dah rasa ngeri. Huh!
Bertambah debar.
Tapi debar-debar cuak ni pun tetaplah megharap nak bersalin normal.
Nak lah jugak merasai kesakitan yang melampau tuh.
Kata walidah, sakit yang nikmat.
Sebabnya, sebaik saja melihat wajah baby tuh rasa sakit tuh automatik hilang.
Allah! Allah! Hebatnya Allah mampu mencipta keajaiban kejadian manusia ini.
Makin tak sabar rasanya nak melalui detik-detik itu.
Harapnya Allah izinkan untuk berlaku dengan keberkatan..
Mohon doa dari semua yee.
Kalau ada salah dan silap tuh, harap dimaafkanlah yee..
Mzb sangat-sangat..

Wednesday, 28 December 2016
F4E ~
Hari ini, kita bersyukur..
Hari esok, tambahkan kesyukuran..
Dengan nikmat pemberian Allah..
Itu sifat seorang Hamba..
Assalamualaikum korang!
Hik! Mood ana ceria hari ni.
Sebab semalam Allah rezekikan saya ber chit-chat dengan my very-very bestfriend. double triple bestforever gittuu..
Happy teruja ni sebab dah lama tak chit-chat.
Sebelum ni rajin (sangatlah rajin) je chat, tapi semenjak dia tak pakai phone, Tak pernah chat nak dekat sebulan. Dah lah hanya dia seorang je kawan yang tahu handle kepala batu saya ni. Hahaha.
Tipu lah kalau dia seorang je, ada je yang lain tapi lebih rapat dengan dia ni.
Tak pernah nak sorok rahsia, akan kantoi jugak.
Memang dia kawan yang layak dikatakan "the only special one"
Matang walaupun umur beza setahun dari saya. (kadang je matang sebenarnya)
Banyak beri kekuatan, nasihat dan juga tumbukan. Hek! Asal jumpa je mesti nak tumbuk.
Nasiblah jumpa setahun sekali. Seorang yang agak suka minta disepak (kahkah, jangan marah yee) tapi dia lah juga yang sabar melayan kepala batu, kepala angin dan kepala api saya ni.
Cara beri nasihat pun berbeza. Dan sanggup berkorban dalam apacara pun untuk selamatkan kawan dia yang kadang macam nak give up dengan hidup. Cuma tuh lah, pernah jugak merajuk dengan dia nih sebulan. Pembawaan anak-buah dia ni kutt. haha.
Harap sabar yaa buyek, anak-buah awak ni memang suka merajuk dengan awak.
Tapi taklah nak kata kawan-kawan yang lain tak pernah berjasa.
Lain kawan, lain impaknya pada diri ini.
Hakikatnya tetap sama, u all are my bestfriend. Sahabat Dunia Akhirat.
kepada buyek yang memang tak baca post ni (sebab dia taktau pun yang saya ada blog.. haha..)
Terima kasih sangat-sangat tau.
Walaupun kita ni banyaknya gaduh, bertikam lidah dan berbeza pendapat..
Tapi awaklah juga yang sentiasa kekal di sisi.
Moga Allah balasi dengan harga Hati yang SPR mendalam pada para PH.
Okeylaa, korang. Nak undur diri dulu.
Mata saya dah mula layu, minta untuk direhatkan seketika..
Maaf zahir batin yee semua..
Assalamualaikummm~~
Wednesday, 14 December 2016
Bila Mak Jemah mula membebel..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk update blog hari ni. Maklumlah, dah lama tak update. Ni pun baru teringat ada blog sendiri. Hihi. Sedar tak sedar dah bulan 12 kan? Cepatnya masa berlalu. Tak sedar tahun depan umur dah makin tua. huk! Kurang minat dengan umur yang bertambah angka sebenarnya. Tapi apa yang hendak dikisahkan dengan angka? Patutnya cemas bila dengan berlalunya hari, hati masih lagi tidak Takutkan Allah serta rindukan Nabi.
Update entri ni bukan nak membebel sangat pun. Saja nak isi kekosongan blog. Dalam otak ni dah mula merangka cerpen. Tapi takda masa nak keluarkan. Dulu waktu zaman bujang, rajin tulis cerpen, bila dah kahwin otak dah blank. Taktau lah kenapa, perubahan hormon kutt. Dan sekarang entah ke mana dah buku cerpen tuh. Umi suda buang agaknya. Banyak sangat buku cerpen kat rumah tuh. hikhik.
Kesihatan ana? Hmm, Alhamdulillah. So far so good. Cuma kadang pandai terbabas sikit. Kesihatan yang di dalam pun baik jugak, InshaAllah. Cuma doakan untuk 22hb ni. Moga Allah berikan jawapan di atas doa dengan berkat para kekasihNya. Berdebar, risau dan cemas nak tahu.
Okeylah. ada banyak lagi tugas yang nak diselesaikan. Ni pun curi-curi masa menaip.
Mzb yee..

Saturday, 13 August 2016
Aunty-to-be mohon baca..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Maaflah, tetiba rasa nak update.
Alhamdulillah, hari ni walaupun kesihatan terumbang-ambing pada awalnya, tetapi dah mula kembali stabil dengan berkat kekasih Allah.
Menaip ni pun bukan apa, cuma nak elakkan diri ni daripada layan drama.
Sebelum ni memang dah tak layan drama, tapi boleh pulak keinginan nak layan tuh ada.
Hati belum suci sepenuhnya.
Bak kata YdB Tuan Mokhtar "sempat dirosakkan yahudi.."
betullah tuh. Ayahku itu lebih mengetahui keadaan anaknya.
Tak kira lah dari sudut mana pun.
Sebenarnya tak tau pun nak taip apa. hek!
Tapi tangan ni nak jugak.
Ni pun hasil rasa sedih kecik sbb bff kitee tak update entri baru tuk Benua Hati..
Bila tak ziarah, berlambak entri baru.
Bila ziarah, takda lak update papeee..
Harap aunty-to-be tuh sudilah update cepat-cepat entri baru Benua Hati yee...
hihihi..
Setakat ini sahaja yee.
Sekian, ampun maaf.

Wednesday, 8 June 2016
Mabruk kunun.. hihi
Alfu Mabruk diucapkan buat seorang kawan yang pernah menyumbangkan sedikit kekuatan. Walaupun rasanya agak terlewat mengetahui berita perkahwinan awokk ni, namun tetaplah doa dikirimkan.. Benarlah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Semoga rumahtangga yang dibina benar-benar mengikut ISO Allah dan Rasul, ISO Ikhwan. Haraplah dengan perkahwinan awokk ni semakin meningkat darjat disisi Allah. Bukan mudah nak menerajui rumahtangga jika tidak bersandarkan berkat dan mengikut panduan. Sedih kecik kut tak dapat pic kawen tapi takpalah. Dah tahu berita pun dah okey, walaupun agak kaget sedikit. Dah lama menunggu khabar gembira dari awokk, sebab rasanya selagi awok tuh tak kawen, perangai masuk air awokk tuh macam semakin parah! Hek! rekanya akuu. haha. Maaflah, dah watak ana ni suka reka-reka.
Tetiba rasa nak buat surat ala-ala warkah pulok. Haha.
Rasanya tak perlu kut.
Sebab ana macam nak taubat menaip/membebel panjang-panjang.
Sebelum terlupaa..
Eidul Milad yang telah berlalu 2 hari sudah.
Awok dah nikah ke eh masa tuh?
Kalau dah, wish di atas dah cukup kut..
cuma nak tambah,
moga menjadi seorang suami muqarrabin,
mampu membimbing isteri hingga ke jannah,
dan yang penting moga ditingkatkan rasa, rasa, rasa kehambaan yang sangat mendalam..
Suratul Fatihah dilayangkan sebagai penutup bicara.
**baca dalam hati jeeeee.. keh3**
Sekian, terima kasih. hek!

Tuesday, 7 June 2016
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan Al Mubarak ku layangkan untuk pertama kalinya setelah sekian lama menyepi dari dunia blog ini. Baru terperasan last update blog ni pada bulan 3. Hek! Entah apa yang disibukkan pun tak tahulah. Takda idea kut nak menaip. or lebih tepat lagi... MALAS! Bila dah banyak benda kena hadap, memang takda mood nak menaip. Alhamdulillah, semalam genaplah umur jasad yang ke 21 tahun hidup di dunia. Besarnya hadiah dari Allah buat diri ini, kerana direzekikan menyambut hari kelahiran pada hari puasa yang pertama. Walaupun sedih kecik tak dapat kek, tapi Allah hiburkan dengan ucapan dan doa dari kawan-kawan. Syukran jazilan pada yang sudi mendoakan diri yang sangatlah banyak kelemahan ini. Moga doa yang baik-baik itu berbalik kepada kalian agar kita semua berjaya mendapatkan Hati yang Selamat menuju Allah. Juga pada hari kelahiranku, nafsu turutlah digemparkan dengan berita kematian. Allah buatkan supaya hati ini jangan nak rasa "aku masih muda, boleh enjoy lagi.." sedangkan Allah tu kalau nak tarik sekarang pun boleh laa sangat! AlFatihah buat mereka yang telah pergi. Moga roh kalian ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang bertaqwa.
Tiadalah harapan dan impian lain di bulan Ramadhan ini selain ingin mendapatkan hati seperti guru Mursyidku. Jikalau dulu aku inginkan benda keduniaan, telah ku buangkan keinginan murahan itu. Kalaupun masih ada, adalah kerana diri masih terumbang ambing lagi. Tiadalah daya kudratku untuk berbuat kerana semua yang berlaku terhadap diriku adalah kehendak Allah.
Didoakan buat semua yang mengenali diri ini,
semoga Ramadhan kali ini
mampu untuk merubah kita..
mengembalikan fitrah yang telah hilang..
Moga jadilah kita orang baru,
Orang yang menyerahkan hati dan jasad hanya untuk Allah..
Tidak ada lagi dunia yang mengisi..

Subscribe to:
Posts (Atom)