Islamic Musical

Wednesday, 25 November 2015

Air Mata Perjuangan

Aduh! betapa sakitnya berjuang
Kiri dan kanan mendapat hentaman
Depan belakang juga tidak kurang
Adakalanya ia menyiksakan jiwa

Tapi Engkau selalu mengubatnya
dengan MaghfirahMu dengan bantuanMu
dengan JanjiMu yang di sana
yang menunggu

Kalau bukan air mata jiwa ini
Perjuanganku sudah lumpuh pasti
Air penawar hati inilah pengubat hatiku
Yang selalu pilu di dalam perjuangan

Moga air ini selalu Engkau curahkan
Di dalam kalbuku menempuh perjuangan

Agar perjuangan dapat ku teruskan
Dapat menolak segala rintangan
Supaya selamat aku menujuMu
Hinggalah umurku Engkau sudahkan tempohnya




GHSong from Album Janji



| "Baca, Fahami dan Hayati sajak dengan Hati.." - YBM Dato' Tuan Mokhtar | 

Monday, 23 November 2015

Di mana kalian?




Ketahuilah

bahawa aku juga macam kalian
Selalu terumbang-ambing dan terkapai-kapai
Letih dan takut untuk berhadapan ujian bersendirian
Selalu mencari-cari

Dimanakah kalian?
Dimanakah kawan-kawanku ketika aku dilanda ujian yang Maha Dahsyat?
Dimanakah kalian yang kata selalu ada tika aku sangat memerlukan?

Dan kemudiannya soalan itu terbiar sepi..
Penantian dan pengharapan palsu tak dipeduli

Mana mungkin aku mampu bertahan dalam gelombang
Namun aku bangkit mencari sesuatu

Sesuatu yang selama ini aku tak ambil kisah
Sesuatu yang aku tak mahu ambil tahu kewujudannya
kerana di waktu itu aku yakin dengan kawan-kawan
dan pengharapan disandar sepenuhnya kepada kalian

Barulah kini tersedar dari dunia yang dicipta sendiri
Tersedar dari angan-angan palsu

Selama ini rupanya aku ada ALLAH..
rupanya aku ada Nabi
yang tak pernah lekang dariku

Jadi bagaimana aku boleh sebuta, setuli, sebisu dan sepekak  ini
Untuk menidakkan ALLAH dan NABIku itu?
Bagaimana aku selama ini yang terlalu menjauhkan diri?

Sedangkan Allah dan Nabiku itu sentiasa menungguku
Menunggu aku untuk sampai kepada Allah dan Nabi
dengan segala sifat kekurangan,
agar dengan kekurangan itu aku menjadi hamba

Rupanya selama ini Allah dan Nabiku memberikan ku hadiah iaitu kalian
Namun dengan hadiah itu aku tersalah berperasaan dan bertindak
Maka diambillah kalian kembali dariku
Didikan terus untuk hati yang terlalu sarat

Maka dengan ini,
aku bersetuju wahai Allah dan Nabi
untuk ujian dan kasih sayang ini..
Untuk ini aku mohon,
peliharalah, sihatkanlah dan berkatilah
semua mereka yang pernah berkawan denganku
dan mereka yang pernah menganggap aku sebagai kawan mereka
agar nanti dengan kuatnya kembali hati dengan Allah dan Nabi ini
Persahabatan seterusnya hanya keranaMu
bukan kerana kepentingan diri yang tak membawa erti apa-apa...

Wednesday, 18 November 2015

Sekularisma

Alhamdulillah..

dengan berkat wali-wali Allah tinggal paper Science je yang kena jawab. 

Paper Science? Ambil exam ke? 

Berulangkali pertanyaan itu ditanyakan. Begini sebenarnya, sekarang ni Allah izinkan untuk ikut sekali dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang saban tahun berlaku untuk pelajar tingkatan 5 seluruh Malaysia. Dah menjadi tradisi agaknya. Bukan nak sangat pun ambil exam ni, tapi kerana perjuangan ni terpaksa lah gagah. Bayangkan kena jawab soalan SPM yang sudah tentu ramai tahu memang susah! Kalau tahu asas ilmu SPM ni takpa jugak! Ni jawab express.. rasa macam tak logik jugak pun ada. Tapi Allah mudahkan. Ramai kawan-kawan yang sudi tunjuk ajar walaupun dapat belajar 10 minit sebelum menjawab kertas. Sepanjang 6hari berulang alik ke SMK Sandakan ni, banyak benda yang membuka matahatiku. Melihatkan gelagat adik-adik sekolah yang turut berhempas-pulas menjawab exam menyedarkan aku. Cara pergaulan bebas mereka cukup untuk menyentakkan hati. Betapa beruntungnya diriku kerana aku mempunyai mursyid! Tak dapat ku bayangkan diriku tanpa mursyid. Akan seteruk itu kah diri ku? Hanya mengejar dunia tanpa tahu matlamat hidup yang sebenarnya. Sedih melihat keadaan mereka. Patutlah Ayahku itu menangis bila mengenangkan berapa ramai orang yang mati di dunia tanpa iman? Oh Ayah! ini rupanya yang telah Ayah lihat! Sungguh ku baru mengerti, baru tersedar dari lena. Sekularisma yang Yahudi cipta ternyata merosakkan iman dan manusia. Hanya bertuhankan akal. Mendapat ilmu hanya sekadar ilmu, tapi Ayah mengajarkan kami ilmu itu untuk terus dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Agar ilmu itu dihayati dan takkan dilupakan. Selama ini aku hanya mendengar, selebihnya ku butakan mata hati ku untuk melihat apa yang berlaku pada dunia hari ini sangat berkaitan dengan diriku. Tentu aku juga hanyut ditelan sekularisma tanpa mursyid. Aku bahkan hanya tahu memberontak dan berbuat sesuka hati di dalam syarikat ini. Oh betapa malu nya dengan Ayah Bonda dengan perangai ku yang tersangatlah biadap! tak bersyukur bahkan mengukir seribu kekecewaan dan luka dihati mereka.

Maafkanlah wahai Ayah Bonda..
Maafkanlah diri anakmu yang sering membuatkan dirimu kecewa..
Wahai Abbati-Abbati Barkah!
berkat kalian tolong alirkan ke dalam hati, jiwa dan diriku..
Agar akhirnya Ayah Bondaku tidak lagi menangis kerana diriku..

Sunday, 15 November 2015

Peluang dan Amaran

Allah..

hari ini aku masih lagi diberi peluang, 
peluang untuk membaiki kesilapan diri,
peluang untuk berkhidmat,
peluang untuk menjadi hamba dan khalifah,
untuk menunaikan janji pada Allah..

Telah banyak peluang yang diberi pada diriku, sampai kini aku tak pasti aku mampu ke untuk melaksanakan? Panduan terlalu banyak diberi namun untuk mempraktikkannya sudah tentu bukan semudah yang diakalkan, dan dicakapkan. Untuk terus berada dalam sebuah bahtera ini sudah merupakan nikmat yang terlalu besar buatku. Dalam bahtera ini aku diajar untuk melihat sesuatu itu dengan mata hati, diajar hati untuk melihat Allah disebalik kejadian. Dimana lagi aku mendapat ilmu yang ajaib sebegini rupa? Ilmu yang tersangatlah ajaib, besar dan agung untuk melihat zat yang maha agung itu dengan hati! Kini diberi lagi peluang besar, namun aku takut bahkan kecut untuk menerima. Maka ramai lah yang akan berkata

"untunglah dah meningkat"

Tahukah kamu bahawa semua itu merupakan bahaya dan amaran buat diri ini? Takutnya untuk menerima, takut juga untuk menolak. Siapa kita untuk berbuat kedua-duanya? Sedangkan Allah lah yang memberi peluang itu sebenarnya. Berada di dalam satu area ataupun zon pengharapan dari Ayah dan Bonda sudah semestinya menjadi satu azab kecemasan! Cemas andai tak menjadi seperti yang diharapkan. Maka diasaklah terus diri ini, bermacam ilmu dan panduan telah ditunjuk ajar. Untuk melihat akhirnya aku menjadi manusia, menjadi hamba Allah. Melihat peluang ini tak kurang jugak mendapat amaran dari Allah. Andai kau gagal, kau kelak akan dilempar ke Neraka! Sempatkah untuk merasa layak diatas peluang yang diberikan? Sedang amaran itu juga diberi. Satu amaran untuk kau terus rasa kau memang layak, tak berbuat dan takkan mampu! Kasihnya Allah, memberi peluang dan ancaman seimbang dengan nafsu yang sentiasa bergelodak, sentiasa berkecamuk. Maka diri ni berkerja keras lah untuk memastikan diri sentiasa terhubung dengan orang-orang Allah! Tapi hamba kan tetap hamba. Sentiasa ada turun naik. Amaran dan ancaman selalu sahaja dipandang sepi. Tewas lagi dengan kehendak nafsu.

Wahai Allah..
yang membolak-balikkan hati, yang Maha Berkuasa terhadap Hati dan diri ini, Engkau tentu tahu aku ini lemah dan tak mampu...
Wahai Nabi yang sentiasa memantau,
sudilah pegang hati ini, sudilah untuk menerima..
Wahai Ayah Bonda yang telah berkerja keras untuk memastikan aku ini menjadi hamba Allah, bukan lagi hamba nafsu, tolonglah anakmu ini wahai Ayah Bonda..
Wahai Abbati-Abbati Barkah!
alirkanlah barkah kalian padaku, agar aku tidak lagi menurut kata nafsu ku, agar aku tidak lagi tunduk dengan akalku.. moga jadilah aku apa yang diharapkan Ayah Bondaku..


Thursday, 12 November 2015

Takkan Pernah Tahu

Apa sebenarnya dihatimu? 
Aku takkan pernah tahu
Apa yang ada di fikiranmu?
Aku takkan pernah tahu

Kau memikul segunung beban dibahumu
Seberat apakah itu? 
Siapalah yang tahu...

Airmata mu yang mengalir manakan sama
dengan seluruh airmata di dunia
Cinta dan kasihmu sukarnya diterjemah
 jika bukan dengan hati yang benar-benar mulia

Mengasihi yang membenci
Mendoakan yang memusuhi
Aku bahkan tidak pernah mengerti

Mustahil aku pernah memberi apa-apa
kepada Dia yang memberi semuanya
Sekalipun terpaksa memerah 
keringat untuk selamanya..

Saban hari doaku
Andai bukan gembira yang ku cipta untukmu
Tapi janganlah derita yang ku ukir dihatimu
Jangan.. Oh Jangan..!

Andai saja aku punya kuasa
merubah segala dosa
memadam seluruh luka
Sungguh mana pernah ku bisa
Sungguh mana pernah ku bisa

Munajatku tolong dengari
Pintaku tolong penuhi
Agar beban itu segera Kau cabut dari bahunya
Bonda yang ku cinta..

Takkan pernah tahu...




Song by : Generasi Harapan
From book : Janji