Islamic Musical

Monday, 16 March 2015

Berkali Sudah

ada benih yang aku semai
ada musim yang aku tunggu
ada kasih yang ku belai ku rindu

ada korban yang akan gugur
ada jiwa yang akan subur
ada iman yang ditambah yang semakin dipupuk

Berkali sudah airmata ku mengalir
yang ku harap kasihMu padaku Tuhan
namun hati ku bimbang 
hatiku takut
tak dapat ku miliki diri Mu Tuhan

Berkali sudah ku menghadapi Ujian Mu
Ujian yang datang dan pergi
namun ku gagal melepasinya
sudah banyak peluang yang ku dapat
moga kali ni ku harapkan berjaya

ku kan terus memohon takkan menyerah
dari rebahku cuba bangkit semula
tanpa rasa jemu, ku gagahkan juga
terus ku dambakan CintaMu 
walau berkali sudah 



- Generasi Harapan - 

Friday, 13 March 2015

Berselawatlah sebagai Bukti Cinta pada Nabi


Selawat bukti cinta,selawat bukti kasih.

Selawat bukti sayang, selawat bukti rindu.
Selawat bukti engkau iktiraf Nabimu adalah Nabi akhir zaman.
Selawat bukti engkau seorang yang pemurah terhadap seorang Nabi.

Selawatlah jika mahu cinta berbalas cinta.

Kasih berbalas kasih.
Sayang berbalas sayang,
Rindu berbalas rindu.

Selawatmu sejengkal akan disahut oleh Allah dan Nabi sehasta.

Selawatmu 1 kali akan disahut oleh Allah dan Nabi 10 kali.
Selawatmu 10 kali akan disahut oleh Allah dan Nabi 100 kali.
Selawatmu 100 kali akan di sahut Allah dan Nabi 1000 kali dan seterusnya Allah dan Nabi akan redha kepadamu.
Allah akan haramkan api neraka menjilat tubuh badanmu.

Ditawarkan syurga yang menanti.

Ditawarkan syafaat oleh Nabi.
Untungnya selawat dibalas dengan rahmat dan redha Ilahi.
Selawat disambut dengan restu seorang Nabi dan akhirnya layak berdua-duaan dengan Nabi, disyurga yang kekal lagi abadi.
Besarnya habuan dan ganjaran selawat ke atas Nabi.

Selawat menghidupkan hati nurani.

Selawat penyejuk mata hati.
Selawat penyeri wajah setiap peribadi.
Selawat penyubur jiwa dan penenang hati.
Selawat pencetus kedamaian dan kebahagiaan diri.




Selawat pengundang pintu rezeki.

Selawat menajamkan mata hati.
Selawat ingatan kuat diberi Ilahi.
Selawat penghibur hati yang sedang bersedih.

Hebatnya kesan natijah dari selawat hati.

Roh celik, roh subur, roh hidup, roh terisi bahkan roh disucikan.
Jika pergi menemui Ilahi, berbekalkan selawat di hati,
kubur luas dan bercahaya, bersinar lagi berseri-seri.
Penuh dengan Nur Muhammad menaunginya.

Dalam kubur walaupun seorang diri, tidak sepi lagi,

kerana ditemani oleh selawat yang menerangi kegelapan kubur,
kubur bercahaya di sana sini.

Selawat ke atas Nabi tidak akan rugi.

Bahkan untung berganda-ganda,
kerana akan menjadi buah hati Nabi,
dan mendapat anugerah cinta Ilahi Rabbi.
Siapa tidak berselawat ke atas Junjungan Nabi.....
itu petanda hatinya buta, jiwa
nya mati.

Wal'iyazubillah !

Rindukah aku ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, Terima Kasih Kasih Tuhan kerana Engkau masih lagi sudi memberiku peluang untuk bernafas lagi dibumi ini. Sedangkan hari-hari yang Kau berikan padaku ku sia-sia kan lagi tanpa ada usaha untuk mendapatkan takut yang setakutnya padaMu dan rindu serindunya pada Nabiku. Tapi Engkau dengan sifat Maha PenyayangMu masih mengizinkan aku untuk menempuh lagi satu hari di dalam hidupku, semoga hari ini aku dapat memberi pembuktian padaMu. Namun, Engkau tolong lah juga diri ini. Hamba yang kerdil ini selalu tersalah, tersilap, terlupa, terlalai dan bermacam-macam lagi kelemahan yang menyerang diriku. Kuatkan hati ku dengan apapun ujian yang akan berlaku pada masa hari-hari yang akan datang.


Selawat dan salam ke atas dirimu wahai Nabi akhir zaman.

Wahai Nabi maafkanlah aku kerana aku masih belum dapat merinduimu. 
Aku sedang mengusahakan rindu pada mu wahai Nabi, takkan aku tergamak membiarkan tangisan rindu mu pada ummatmu tidak berbalas? 
Takkan aku sanggup mengabaikan dirimu yang sangat berjasa, dirimu yang sangat menyayangi dan menginginkan keselamatan ummatmu ? 
Sungguh aku zalim dan kejamlah jika aku berbuat begitu!

Kepada ayah dan ibuku,

Ku mohon kemaafan juga kerana anakmu ini sentiasa gagal dalam menjadi remaja yang Allah dan Rasul mahu.
Bantulah anakmu ini dalam menjalani kehidupan seharian bersama rasa-rasa yang dicari. 
Agar aku tidak lagi tertipu dan ditipu Dunia!

Rindu itu ialah menangis.


Sudah rindukah aku pada Nabi Akhir Zamanku ? 

Sedangkan hati ini mudah sekali untuk merindui pada yang tidak sepatutnya. 
Airmata ini mudah mengalir kerana hal-hal Dunia!
Kejamnya diriku! Zalimnya aku!
Hari demi hari yang ku lalui hanya menambahkan dosa.
Aku sering gagal!
Kenapa rindu dan airmata ini begitu murah pada Dunia ?!
Sepatutnya ku tangisi segala dosa-dosa ku yang menggunung tinggi,
Sepatutnya ku tangisi nasib Islam yang tidak terbela dek kesilapanku.
Sepatutnya ku tangisi hati yang masih belum mendapatkan rasa rindu Nabi ini!
Namun, mengapa ia susah sekali untuk mengalir ?

Tuhan, 

Engkau adalah Penciptaku, Pemilik Hatiku, 
Kau jua lah yang membolak balikkan hatiku.
Terlalu mahal rasa rindu pada kekasihMu,
Namun Kau anugerahkan lah kepadaku.
Aku tidak mahu lagi mensia-siakan rindu dan airmata ini untuk Dunia. 
Aku tahu, selepas ini hari-hari yang bakal ku lalui mungkin semakin sukar,
Akan aku cuba laluinya hingga aku berjaya.
Aku akan cuba bertahan sehingga akhirnya nanti Kau berikan rindu yang Mahal itu padaku. 
Bantulah diri ini wahai Tuhan, dalam memberi pembuktian ikrar dan janji. 
Anugerahkanlah rindu itu pada diriku dengan berkat Nabiku. 


Thursday, 12 March 2015

Kepada Kawan Seperjuanganku

Salam kasih sayang pada pembaca 
Walaupun aku tidak tahu adakah pembaca blog ku ini. 
Terlebih dahulu kita panjatkan seribu kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah kerana masih menghidupkan lagi kita di bumiNya ini.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis blog setelah kehilangan idea beberapa hari ni.
Juga kehadrat baginda Rasul, selawat dan salam ke atasmu, semoga rindu padamu kian berbunga
Betapalah sungguh besar jasamu pada kami. Betapa sayangnya Nabiku dengan umatNya.
Kepada ayah dan ibuku, ku mohon agar terus dikuatkan bersama mereka hingga ke akhirnya.

Hari ini, telah berlaku beberapa kisah dalam hidupku. 
Kisah suka dan duka. Walaupun ia tidak berlaku padaku, tetapi aku turut merasa tempias kesedihan itu walau cuma sedikit. Masakan aku tidak sedih atas kesedihan kawan-kawanku? Aku hanya mampu beri sedikit kata-kata semangat pada mereka, diiringi dengan doa semoga mereka kuat dan tabah melalui ujian yang Allah telah tetapkan ini. Mungkin mereka tidak ada di waktu aku susah, tapi itu bukan alasan untuk aku menjauhkan diri dari mereka di saat seperti ini. Takkan lah kerana hal kecil aku perlu terasa dan tergores hati? Sedangkan kawan yang sejati hanyalah Allah. 

Aku hanyalah alat untuk memberi sedikit kekuatan pada mereka, sedangkan Allah lah jua yang menguatkan mereka. Mereka adalah anugerah Allah yang bernilai padaku. Aku bersyukur kerana diberi kawan-kawan seperti mereka. Tempat berkongsi suka dan duka. Tidak akan ku lupakan mereka yang pernah hadir dalam hidup ini. Sama ada untuk sementara atau selamanya. Cuma berharap segala pertemuan dan ikatan hubungan kawan ini kekal hingga ke akhirat. Biar terpisah di Dunia moga bertemulah kita semua di Syurga nanti. 

Kesedihan perpisahan ini hanya sementara, usah disedihkan.
Sedihkanlah diri kerana hal-hal akhirat.
Sedihkanlah diri kerana masih tidak mampu mengalirkan air mata untuk Islam.
Sedihkanlah diri kerana airmata ini masih murah dengan Dunia yang menipu.
Sedihkanlah diri andai kita tidak berjaya mendapatkan hati yang selamat lagi sejahtera.

Kepada kawan-kawan ku tidak kira di mana kamu berada.
Ketahuilah bahawa aku tidak pernah melupakan kalian.
Doa ku pada kamu tidak pernah putus.
Moga kalian terus kuat untuk Allah, gunakanlah hak Allah ini untuk Allah.
Sayang kalian kerana Allah, 
Moga rindu ini pun kerana Allah!

Kepada Saidah Nafisah Kamaludin, kuatkan hatimu. Allah kan ada ? Allah yang memberi sakit dan Dia lah juga yang akan menyembuhkan. Jangan putus asa, kuatkan semangat. Mesti ayah picah tidak mahu lihat picah bersedih kan? 

Kepada Ummu Raihanah, sayang kamu sangat-sangat. Kuatkan jiwa untuk Islam. Biar terguris di sini agar tidak menderita di sana. Diam tidak bererti lupa, dia sedang mencari kekuatan untuk menghidupkan kembali jiwanya. 

Kepada dia yang tidak mahu ku taipkan namanya di sini, semoga dikuatkan. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang pernah dikongsikan lama dahulu. Aku tahu kau diam bukan berniat untuk melukakan, tapi untuk menguatkan. Dan siyesly, caramu agak pelik! 

Ya Allah!
Ku mohon berilah kekuatan lahir dan batin kepada kawan-kawanku,
Berilah mereka kesihatan yang baik,
Keberanian dan besarkan jiwa mereka untuk Islam.
Jadikanlah kami semua orang-orang yang telah disabdakan Nabi yang membantu kebangkitan Islam di akhir zaman.
Anugerahkan kami rasa takut setakut-takutnya padaMu, rindu serindu-rindunya pada Nabi dan rasa Hamba yang tinggi. 
Juga anugerahkan kami hati yang selamat sejahtera bersama kematian yang berjaya.
Temukanlah kami semua di Akhirat sana, 
Dan tempatkanlah kami semua
Bersama para kekasih-kekasihMu!


Monday, 9 March 2015

Hatiiii

Tuhan,

Kau ciptakan hati ini sungguh ajaib.
Dalam satu masa ia boleh merasa berbagai jenis perasaan.
Sedih, marah, kecewa, takut, cemas, gembira, bahagia, cuak, rindu, sayang, cinta dan lain-lain.
Betapalah aku hanya hamba yang lemah lagi kerdil ini, Kau uji dengan perasaan rindu yang mula bertamu.
Aku lemah! Aku takut sebenarnya untuk menempuh ujian itu.
Setelah sekian lama aku usir perasaan yang tidak sepatutnya bertamu.
Aku takut, adakah aku akan gagal lagi?
Kau Maha Mengetahui gelodak hati ini.
Bukan rindu ini yang aku pinta.
Hanya rindu Nabi yang aku damba, bukan rindu selainnya.
Apalah gunanya aku merindui manusia yang sama sepertiku? 
Sedangkan dia berusaha untuk mencari DiriMu dan kekasihMu? 
Janganlah ya Allah, rindu ini menghijab diriku dan dirinya dalam berusaha untuk mendapatkan rindu kekasihMu.
Tolonglah ya Allah, pandulah aku dalam berperasaan seperti yang sepatutnya.
Agar hari-hari yang ku lalui tidak sia-sia. 
Tidak sia-sia dengan perasaan rindu yang murah dan menipu!
Tidak sia-sia dengan perasaan yang perasan! 
Agar nanti tidaklah aku lalai dan hanyut dengan Dunia yang menipu daya ini. 
Walau nanti aku gagal dan tewas lagi, berikanlah aku kekuatan untuk bangkit kembali.

Akhir sekali, jika rindu ini subur di dalam hati ini, 
Kau tukarkan lah kpda rindukan kekasihMu, iaitu junjungan kami Nabi Muhammad SAW.
Ku mohon wahai Tuhan, bantulah aku..
Jangan biarkan aku..

Puisi Sangka Sangka

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka

"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

#Sharing is caring 

#Salam pagi semuanyaa ^^

Sunday, 8 March 2015

Sedikit perkongsian ~

✨Antara 33 ciri-ciri gadis muslimah✨

1. Solat tepat waktu


2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.


3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah,


4.alhamdulillah, insya-ALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.

5. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.


6. Bercakap dengan rendah suara.


7. Lembut dan halus tingkahlakunya.


8. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.


9. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.


10. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.


11. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.


12. Pandai mengambil hati orang tua.


13. Menghormati dan taat ibubapa.


14. Kesayangan keluarga dan tetangga.


15. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.


16. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.


17. Rambut tak diwarnakan.


18. Banyak dan murah dengan senyuman.


19. Banyak mendengar dari bercakap.


20. Senyuman adalah ketawanya.


21. Tidak ketawa terbahak-bahak.


22. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.


23. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.


24. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.


25. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.


26. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.


27. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.


28. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.


29. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.


30. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.


31. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.


32. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.


33. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.


#Menjadi Wanita solehah #bidadari syurga

#Berusaha untuk berubah

layakkah aku ? 

Allah Rasul tolonglah kami semuaa. 

Kematian

Terusik hati bila melihat Vcd Teater Muzikal Islam 'Mempersiapkan kematian yang Indah' oleh GH. Tiba-tiba ku terfikir, bagaimanakah hari kematianku nanti? Indahkah? Berjayakah aku melalui ujian terakhir hidupku itu? Cemas dan takut bila memikirkannya.

Sepatutnya aku menunggu hari itu dengan hati yang rindu.
Rindu untuk bertemu dengan Penciptaku.
Rindu untuk bertemu dengan kekasih junjunganku, Nabi Muhammad SAW.

Tapi apa yang aku rasakan saat ini, adalah takut akan kematianku
Takut untuk meninggalkan dunia yang sementara ini. 
Takut untuk meninggalkan kesayanganku di dunia ini. 
Walhal, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. 
Cepat atau lambat, pasti akan pergi juga.

Cemas lagi bila hati ini telah ku rosakkan.
Telah penuh dengan penyakit hati yang bersarang.
Hati yang telah Allah amanahkan kepadaku untuku ku jaga, namun sebaliknya yang berlaku.
Hati ini sepatutnya ku persiapkan untuk bertemu dengan PemilikNya.
Hati ini sepatutnya ku kembalikan bersih dan sejahtera seperti yang asalnya.
Terlalu banyak kerosakan demi kerosakan yang hatiku hadapi, 
Lalu bagaimanakah caranya untuk ku baiki sebelum sampai masanya aku bertemu dengan PenciptaKu? masih kah ada waktu  untukku perbaikinya?

Oh Tuhan, Maha Baiknya dikau kerana memberiku seorang Nabi, seorang Guru Mursyid dan seorang Ibu.
Yang memberi ku panduan agar selamat Dunia Akhirat. Mereka adalah sebesar-besar hadiahMu buatku. 
Pandulah hatiku Tuhan dengan berkat Nabi, Guru dan Ibuku dalam mempersiapkan hati untuk bertemuMu. 

Saturday, 7 March 2015

Kisah tentang bahaya FITNAH


Kisah ini berlaku ke atas seorang yang bernama Abu Nawas. Dia telah didatangi oleh seorang pemuda yang ingin memohon maaf kepada beliau tentang fitnah yang telah disebarkannya ke atas Abu Nawas. Lalu Abu Nawas menyuruh pemuda itu pergi dari tempat tersebut tanpa
menghiraukan perkara2 fitnah yang telah di lakukan oleh pemuda itu terhadap Abu Nawas. Namun pemuda tersebut enggan beredar sebelum Abu Nawas memaafkan dosanya yang memfitnah Abu Nawas. Abu Nawas lalu memaafkan pemuda tersebut tetapi dengan beberapa syarat yang mesti pemuda itu penuhi. Abu Nawas pun memberikan dua syarat kepada pemuda tersebut, syarat yang pertama ialah pemuda itu mestilah mengoyakkan bantal yang akan diberikan kepadanya. Setelah pemuda itu mengoyakkan bantal tersebut, dia kembali kepada Abu Nawas untuk mendengar syarat yang kedua. Utk syarat yg kedua pula, Abu Nawas menyuruh pemuda itu mengutip kembali semua isi bantal yg telah berterbangan setelah dikoyakkan supaya memasukkan isinya kembali dan dibentukkan semula menjadi sebuah bantal sepertimana asalnya.

Ketika ini pemuda itu mengadu yang dia tidak mampu menyempurnakan hajat Abu Nawas. Lalu Abu Nawas memberi pesanan kepada pemuda itu dengan pesanan yang cukup memberi kesan kepada sesiapa yang mendengar.


“Sekiranya kamu telah menfitnah aku dan orang yang telah mendengar berita fitnah kamu ke atas aku terus menyebarkan fitnah dan keburukan aku, apakah kamu mampu mengembalikan maruah aku seperti sediakala ketika sebelum aku difitnah? Nescaya kamu tidak akan mampu melakukan itu semula bukan? Maruah aku juga sama sekali tidak akan kembali seperti asal. Sebagaimana

kekabu itu berterbangan, begitu juga fitnah tentang aku
akan tersebar dan tidak dapat dibendung walau seribu kali
aku memaafkan kamu”..

 Pemuda tersebut pergi dari tempat tersebut dengan seribu penyesalan. Dosa memfitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Jika semua tuduhan2 yang dilemparkan itu benar2 fitnah, apakah mungkin kita dapat bertemu dengan orang yang kita fitnah itu untuk memohon maaf?


Sanggupkah kita menjadi orang yang muflis di akhirat nanti bilamana semua pahala amalan kita seperti solat, puasa, zikir, serta sedekah kita diberikan kepada orang yang kita fitnah?



* semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita.

Friday, 6 March 2015

Salam Jumaat yang penuh berkat.

Kisah budak kecil yang perlu dijadikan teladan!

 “Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. 


 Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata 


 “Ayah! Saya dah bersedia” 

Ayahnya terkejut dan berkata 
 “Bersedia untuk apa?”. 
 “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” 
 ”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” 
 ”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” 
Ayahnya menambah 
 “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” 
Dengan merintih anaknya merayu 
 “Benarkan saya pergi ayah?” 

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya 


 “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” 

 ”Terima kasih Ayah” 

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. 

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. 

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. 


Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. 


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. 

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. 

Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. 


Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. 

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. 
Mukanya suram dan sedih.

 “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” 

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. 
 “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. 
Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. 
Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. 
 ”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut. 

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. 

Sebelum selesai dia bertanya 

 “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu” 

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. 

 “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. 

Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. 
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” 
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. 

 ”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.


Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. 

Kemudian ia berbunyi lagi. 
Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. 
 ”Saya bertanya sekali lagi. 
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. 
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” 
 ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. 
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. 

 “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. 

 ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. 
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. 

Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. 

Aku tak perlukan itu lagi”. 

 “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. 

Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”. 
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. 

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! 

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. 
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. 

Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. 

Seorang anak yang seumpama malaikat. 
Biarkanlah air mata itu menitis. 
Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. 
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu! 

ALLAHUAKBAR !!


Kisah ini membawa pengajaran buat kita. Lihatlah sekecil-kecil amalan kalau tidak dibuat pasti di persoal kelak.. Allah! moga dakwah walau sepotong ayat dapat sampai kepada hambaNYA yg lain..

Rintihan Cinta

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah Cinta Agung 
Aku pun mahu mencintaiMu
Tapi Cintaku padaMu Tuhan
Selalu terganggu

Oh! Banyak yang datang mengganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupa ku padaMu

Cinta ku jauh sekali
Sekali sekala datang juga
Walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudian lupa lagi

Adakalanya lupaku padaMu
Berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala
Sedar kembali Engkau Cinta Agung

Engkau patut dicintai 
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cintaku kepadaMu Tuhan
Dengan kelalaian silih berganti 

Oh! Tuhan
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan RahmatMu 
Bantulah aku mencintaiMu

AGAR CINTA YANG PALSU TERBUNUH SENDIRI

Itulah harapanku padaMu...

Mukaddimah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Ku panjatkan seribu kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah masih memberiku peluang untuk bernafas lagi di muka bumi milikNya ini. Allah yang Maha Baik itu masih lagi memberiku peluang untuk bertaubat dan membetulkan segala kesilapanku. Walau seringkali taubatku itu palsu, namun Dia masih setia. 

Kepada Nabi yang ku rindui, 
walaupun rindu ini masih belum berbunga namun akan aku usahakan semaksimum mungkin untuk merinduinya yang telah banyak berjasa.
Nabi yang sanggup menangis seribu tahun yang lalu kerana memikirkan nasib ummatnya selepas pemergiannya.

Kepada guru dan juga ayahku,
Ku hadiahkan Al Fatihah buatmu moga diriku terus dikuatkan untuk terus membela Allah dan Rasul


Kepada Ibu yang ku sayangi,
Ku layangkan juga hadiah Suratul Fatihah untukmu,
Doaku moga Ibu dipelihara oleh Allah.
Walaupun jauh beribu batu,
Tautan hati inikan tiada had dan batasnya?

Moga akan terus terhubunglah hatiku ini pada yang sangat berjasa dalam hidupku, tidak kira dalam apapun jua keadaanku.