Islamic Musical

Monday, 27 April 2015

Aku MilikMu

Kini barulah ku tahu
diriku hanyalah barang ciptaanMu
aku bukanlah milikku 
sedikit pun tiada kuasa ke atas diriku
diriku milikMu oh Tuhan

Penciptaku, menciptakan aku
bukan untuk tujuan diriku
tapi Allah bermaksud mahu aku
menjadikan diriku ini untuk diriNya

Sepertilah ibu ayahku berharap 
agar ku tidak menderhakai mereka
Kebahagiaan ibu ayahku, bila ku sayang sepenuhnya
dan aku takut kalau kehilangan mereka

Maka Allah Penciptaku itu n
yang Dia boleh ku hubungi dengan Hatiku ini
sentiasa menungguku 
menunggu ingatanku kepada DiriNya
kerna Dia tidak pernah melupakan aku

Dia dalam keadaan tidak boleh melupakan aku
tidak boleh berpisah dengan Hatiku ini 
maka selamanya Dia menunggu
menungguku...

Menunggu Hamba mengenanginya membalasinya
Cinta dan Rindu Tuhan pada Hamba ciptaanNya
Sesungguhnya Dia meminta kita
Hiduplah untukNya dan mati jua buatNya..

Akan ku cari Tuhanku biar ia kekal di rasa Hatiku
Biar ku habiskan umur untukNya
Agar nanti bila ku dipanggil kembali padaNya
Dia memandangku dengan penuh Rindu dan Cinta

dan aku kan menangis gembira


- Generasi Harapan
           Fatim & Ubadah -

Thursday, 23 April 2015

Diam

dalam diam ada yang memerhati 
dalam diam ada yang memendam rasa
dalam diam ada yang terluka


dan dalam diam juga aku menyimpan
segala rahsia hati
kesakitan dan penderitaan hati.
oh tidak, mungkin bukan hati yang menderita tetapi nafsu.
terseksa perasaan, sampai bila aku boleh bertahan? 

tapi takkan lah aku hendak mengalah sedangkan Tuhan telah berjanji

atas tiap kesukaran itu pasti disertai kemudahan..
Tuhan kan ada ? 
kini setelah berbagai ujian dan ancaman yang aku lalui,
aku sedar bahawa aku terlalu perlukan Dia.
dahulu aku tahu tapi tak memahami dan berbuat.
dahulu aku lebih suka untuk mengadukan masalah kepada manusia
yang sama sepertiku yang tiada daya apa-apa.
sedangkan ujian yang didatangkan itu 
tanda bahawa Penciptaku itu sedang memanggilku, 
bila aku tidak mencariNya, 
Dia mengancam aku agar aku terus mencariNya, 
kerana Dia rindukan aku, 
ingin aku untuk bermanja, mengadukan masalah padaNya..
tapi aku ? oh Tuhan! betapa zalimNya akuuu !
kejinya hamba bersikap seperti itu
memang layaklah jika selama ini ujian kau berikan tanpa henti padaku,
namun Baiknya Kau selitkan juga sedikit nikmat untukku.
walhal aku sering melupakanMu dikala susah dan senangku..

masih adakah ruang pengampunanMu untuk hambaMu yang zalim dan kejam ini wahai Tuhan? 

layakkah aku untuk mendapat cintaMu ? 
Tuhan, jangan lagi Kau biarkan aku putus lagi denganMu.
hubungkanlah hatiku denganMu agar aku tidak lagi tertipu
dengan permainan nafsu dan Dunia yang sangat menipu ini.

untuk itu, aku mohon wahai Tuhan!

andai dalam aku mengambil keputusan untuk berdiam ini, ada yang terluka
Kau hiburkan lah hatinya,
andai ada yang terguris hati, Kau berilah dia kekuatan!
Engkau kan tahu apa yang sedang bergelora dihatiku ?
cukuplah aku hanya mengadukan padaMu, kerana Kau lah pemilik Hatiku.


Monday, 20 April 2015

about my dearest lovely Friends

Salam pagi buat semuaa..

tiba-tiba mood nak merapu terlalu menggila.
takpalah. kali ni, layankan je lah! 
moga dalam merapu ni Hati tidak lalai dengan Zat yang Maha Baik.
hari ni mood nak perkenalkan kawan-kawan seperjuangan aku.
bermula dari otai dulu..


Juwairiah bt Habib Mahadi
11 Jan 1995
Tawau, Sabah.

jue ni boleh dikatakan kak long Sabah2/4. sebab dia lah yang paling tua dikalangan remaja puteri Sabah2/4. 
watak jue ni sangatlah periang, happy go lucky, bibiran, becok.. eh! haha.. over pulakk. sangat suka bergurau, jue ni nampak ja ganas tapi sebenarnya dia jenis yang cepat tersentuh. cheff utama di Kafe Sandakan ni! masakan dia memang sedapp! bagi aku lah. Jue ni sebenarnya cerdik orangnya, tapi disebabkan suka main maka kecerdikannya hilang di mata manusia. sama-sama lahir dan membesar di Tawau, dan bersama-sama juga belajar di KK masa form 1. teringat pulak time dia ni berpindah ke Singapore. sedih gilaa! walaupun aku dan dia taklah rapat sangat, tapi perpisahan tu terlalu jauh. masa tu memang otak dah cakap, lepas ni tak dapat jumpa ijue suda! tak sempat jumpa pun sebelum jalan. maka tinggallah aku seorang batch 95 yang tinggal di Lahad Datu. sejak ijue pindah, aku lebih banyak duk rumah berbanding asrama, lagipun memang aku suka buat peel nafsi-nafsi. bila Halimah dan Kila balik Sabah, terharu jugaklah bila Ijue ada belikan ole-ole untuk aku. Siyes, tak sangka! terharu gilaa lah! haha. sayang ijue !


Sharifah Siti Hajar bt Hbb A Rahman   
 23 Jan 1995
Sandakan, Sabah.

Ni pulak Hajar atau nama manja nya Ajai or najai. watak ajai ni memang sempoi! brutal, selamba dan simple orangnya. walaupun satu zon tapi kenal bila sama-sama belajar di KK. dan agak rapat bila dipindahkan ke LD. aku bukannya rapat sangat dengan dia. sebab dia ni rapat dengan jue, kakngah dan ifah! memang diorang bertiga BFF gila lah! :D 
Allah takdirkan aku rapat dengan dia, masa era Q di ranau pada tahun 2011. Ajai ni lawak jugak orangnya. bila dia tak suka sesuatu, dia akan cakap lepas. paling tak boleh dilupakan lah peristiwa di ranau sepanjang Q, sungguh mencuit hati. memang tergelak sensorang bila teringat!

Ainatul Mardhiah bt Mas'ud
8 Mac 1995
Tawau, Sabah

ni dia BFF aku. memang rapat dari kecik lagi. masuk tadika sama-sama. masuk sek ren pun sama-sama. tapi Allah pisahkan masa umur 9 tahun. memang menangis seminggu bila dia pindah. hehe. kemudian Allah pertemukan kembali 3tahun selepas itu. Aina ni jenis pendiam, tak banyak cakap, kalau ketawa dia akan senyum ja. memang stok budak baiklah! tapi kalau dengan aku, dia ni banyak mulut! kata-kata dia pun agak berbisa jugak, haa! jangan main2! jangan disangka air yang tenang tiada buaya xD..
kalau aku ada masalah aku lebih suka libatkan dia, sebab dia pandai kawal emosi aku yang selalu tak stabil. kadang aku saja wat perangai untuk tarik perhatiannya sebab dia kalau dah buat kerja, 1 benda pun dia takkan layan. teringat masa bergaduh dengan dia, Allah! sedih laa sangat hati ni. tapi sebab ego tak mahu mengalah, aku teruskan juga rajuk aku. alaa, bukan selalu.. dan bila dah bergaduh tuh, saat nak berdamai takda ayat mintak maaf. aku akan tiba-tiba usik dia. bila dah 2-3 hari berbaik baru sibuk nak mintak maaf. ayat paling famous dia "lepas ni janganlah kita bergaduh lagi. sunyi nanti aku kalau ko tak kacau akuu" haha.. 
gedik gila ayat! memang dia akan cakap ayat tu sambil pegang tangan aku buat muka nak penampar free.
sekarang Aina dah jadi serikandi dan bidadari dan telah dikurniakan seorang anak bernama Muhd Iman Haikal. comel gilaa Iman! dan menetap di Miri di bawah GH Borneo bersama suami tercinta. hmm, berpisah jauh lagi. 
walau sejauh mana pun berpisah, yang penting Hati sentiasa dekat. sentiasa mendoakan dirimu Sahabat! 


Nurul Alifah bt Md Jun
23 Mac 1995
Tawau, Sabah.

yang ni, yang ni! haha. ifah ni wataknya sangat suka buat lawak. periang, masa kecik dulu, aku suka menyemak ikut keluarga dia balik beraya di kampung. bila dorang 1 family nak balik kampung, aku akan tunggu depan rumah diorang sebab nak ikut. takut kena tinggal, padahal memang confirm akan ikut sekali sebab umi dah izinkan. hehe, biasalah budak-budak. suka over excited bila nak balik kampung. ifah ni team TVI, matang orangnya. sebab matang lah dia kawin awal. haha. jodoh dah sampai, nak buat macam mana?  dah ada seorang puteri. Hanani Khadijah nak masuk 2 tahun dah tahun ni. tapi hujung tahunlah. lama lagi, kalau ada sesiapa nak bagi hadiah, nanti bgtau ana.. hihi.. ifah ni jenis cepat emosi sikit orangnya. kalau ada ura-ura remaja nak dikahwinkan dia akan cepat-cepat chat aku, tanya samada aku naik nama ke tidak. risau sungguh! siap suruh jangan setuju lagi. haha. ifah oh ifah! rindu kau lah! tapi dia memang ada sebab kenapa bertindak macam tu. tapi selalunya aku akan ketawakan dia sebab terlalu cemas, dia pula akan marah aku. mana aku tak gelihati ? ayatnya memang lawak kot!  semoga urusan ko nak bersalin yang kedua ni dipermudahkan Allah. 


Siti Fatimah Taqiah bt S.Yahya
10 April 1995
Sandakan, Sabah..

ni pasal kak ngah.. kak ngah ni watak dia agak gelabah2 sikit. semangat bila nak buat sesuatu. masa form2 dulu aku pernah ikut sekali buli kak ngah ni. memang agak kejam lah jugak. maaflah kakngah, time tuh otak agak sewel sikit. huhu. jenis caring dgn kawan2 dia, suka buat lawak, jenis selamba depan orang, berani nak bercakap di khalayak ramai. team penasyid dgn Aina. ni pun dah kawen dengan orang melaka. memang tak sangka kak ngah akan kawen dgn ashraf sebab 1 kisah tuh. kak ngah suka buat watak yang pelik2! memang gelak habis 1 asrama bila dengar kisah tuh. haihlahh kak ngah. sampai sekarang watak ko masih pelik2! ingatkan lepas kawen akan berubah sikit. rupanya 2x5 sepuluh jugakk. haha.. nanti baliklah beraya di Sabah ya ngah. rindu raudhah, mama dia tolak tepi :p .. 


Siti Fatimah bt Haslin
31 Dis 1995
Kota Kinabalu, Sabah

cerita pasal imah ni takda lah banyak sangat. cuma dia ni special orangnya. suka sangat usik dia. suka merajuk-manja. imah ni watak dia lain dari kami yang sebaya dgn dia. 1 premis bakery dgn dia time form5. memang kenangan gila lah! tapi tak lama lepas tu, dia ikut ayah dan uminya berpindah ke Tg Belungkor. sedih kecikk. apalah agaknya khabarmu ya imah ? rindunya dgn kau! 


aku sayang semua kawan2 aku ni. ni baru remaja sabah 2/4. kalau ikutkan nak taipkan sekali nama kawan2 di zon Sabah 1 sekali tapi tak larat pulak. yang ni pun dah terlalu panjang berjela-jela.. 
okeylah. sampai di sini dahulu.. assalam ~ 

Sunday, 19 April 2015

Ahlan Wasahlan ya Rejab..





" Malam ini nanti In Syaa' Allah bulan hijriah akan masuk 1 Rejab 🌙.

Doa awal Rejab.

اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baarik lanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhaan.”

Yang ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

Kemuliaan Rejab dengan malam Israk Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam Nishfunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.

Wallaahu A'a-lam.

Sempena bulan Rejab yang dimuliakan Allah . Semoga segala amalan kita di dalamnya diterimaNya dan mendapat redhaNya Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamin.. "


moga lena kita semua dikira sebagai amal ibadah oleh Allah . 
sebelum tidur, jangan lupa pasang niat untuk bangun awal.
Baca Suratul Fatihah, Ayat Kursi dan Surah 3 beradik.
"Wahai Malaikat QoiHaq, tolong bangunkan kami di malam Hari untuk bertemu dengan Allah"
kemudian baca doa dan tidur! hehe..

Indahnya PencaturanMu

Salam Ahad ku layangkan buat sesiapa yang terbaca blog yang agak krik2 ini. 

Semoga Hari ini kita semakin serius dalam mengusahakan Takut Allah dan Rindu Nabi. Rasa yang sangat mahal yang tidak boleh diperkatakan di mulut tetapi kena dirasakan diHati. Mohon dipandu Hati ini dalam mengusahakan rasa-rasa yang Mahal itu. tak mampu nak cakap banyak berkaitan TARN ni, sebab Hati masih tak suci, penuh mazmumah jadi yang dah tertaip tuh sekian lah adanya..


Dalam manusia sibuk merancang, Allah pun melaksanakan perancangannya yang ternyata jauh lebih indah. Hebatnya Allah! *baru nak terasa Hebat, selama ni Hati buta tak nampak [Sob-sob :'( ]* rasa macam-macam pun ada. erk! kalaulah diikutkan memang tiada rezeki untuk bertemu, mungkin nasib diri ni sama seperti kawan seperjuangan yang lain yang Allah tidak rezekikan bertemu mereka. Mereka disini yang dimaksudkan ialah sebahagian dari ahli-ahli Generasi Harapan. mungkin bagi sesetengah orang yang mengenali dan rapat mereka akan mengatakan yang aku ni over feeling, tapi eh! tak kisahlah nak cakap apa. Allah yang campakkan rasa-rasa ni dalam hati, jadi manusia yang lain sila diamkan diri *ter'emo pulakk! haha abaikan*


Allah rezekikan bertemu dan bersembang dengan Yah AtTamimi walaupun sekejap,dapat duduk sebilik bersama-sama dengan team kebudayaan sedangkan aku bukanlah sebahagian daripada team. Tapi Allah lah yang menjadualkan begitu. Cemburu sebenarnya dengan hati Yah yang sangatlah memandang Islam itu sesuatu yang sangat besar. sedangkan aku ? haa! kalau aku tak payah cakaplah! dah memang jauh menyimpang. Keadaan di dalam bilik bersama Yah, Bar dan team sangatlah cemas! kalau boleh dikatakan, tak pernah lah Hati ni rasa secemas itu. Perasaan cemas tuh sebenarnya berlaku sejak hari Sabtu lagi walaupun Peluncuran Album tu hari Isnin dan sepanjang program Peluncuran tuh tak tahu kenapa Hati terus di serang rasa cemas yang tidak henti-henti. Ye lah, aku cemas lebih sikit atas sebab yang lain. emm, no komen, walaupun Hati masih cemas bila mengenangkan! 


Rupanya, Allah buatkan keadaan itu semakin cemas supaya Hati-hati kami di situ takkan terputus daripada memanggil-manggil Allah! Hati sentiasa mengharap moga Allah turut campur tangan sekali di dalam program Peluncuran itu, sesuai dengan tajuk album GH 'Takkan terputus lagi Hati denganMu'!

Kalau ikut logik akal memang tak jangka semua tu akan berlaku, tapi Allah Maha Berkuasa bukan ? 

Sehinggalah majlis Peluncuran selesai dan semua bergerak ke Kafe Ikhwan Tawau untuk menjamu selera. Rasanya tak puas hati sebab Show GH memang sangkut gila lah. Nak buat macam mana ? Semua dah berlaku *nak belajar redha. hehe* 

kemudian Yah dan Bar balik ke PJKI *Pusat Jagaan Kasih Ilahi* sebab esoknya kena bergerak ke Kota Kinabalu untuk majlis Peluncuran di sana. 

Keesokan harinya, team GH nak bergerak ke KK, hati terasa sayu, sedih, pilu pulak. Beratnya nak berpisah dengan Yah dan Bar walaupun baru sekejap bersama mereka, bermacam ilmu yang aku dapat. Walaupun  ketika di dalalam bilik bersama team tu, aku lebih banyak berdiam dan menjadi pemerhati dan menjadi pembantu solekan secara tiba-tiba disebabkan suasana kelam kabut. memang tak boleh blah watak Yah dan Bar masa tuh :D

Suasana di Kafe automatik terasa sunyi, yang tinggal hanyalah para BOD dan Ibu yang krik-krik! hehe.. maka kami remaja yang tinggal berapa kerat tu mengambil inisiatif untuk mengembalikan suasana ceria yang hilang bersama team GH. tapi untuk di kalangan remaja lah, tak termasuk team BoD dan Ibu. Habis lah kami kena bantai! 

Tak lama lepas tu, aku pun kena bergerak jugak! kembali ke tempat asal aku.. sepanjang perjalanan dari tawau ke *secret* aku di wash oleh BOD dan Ibu. hmm, nasib badan lah kan, bila berjalan ke mana-mana bersama mereka. Mentang-mentanglah aku sorang jak remaja dalam kereta, habis kena wash slowmotion punya versi. aku takda lah kisah sangat, sebab apa yang mereka cakap memang benar! sampai bila aku bersikap seperti kanak-kanak sedangkan umur aku dah nak masuk 20 tahun! patutnya roh dah matang macam Yah! Cemburunya dengan hati Yah!

Allah!
nak dapat Hati macam tuh macam-macam kena tempuh! bukan mudah nak dapat! 


"kita kena usahakan Takut Allah dan Rindu Nabi. Rasulullah cakap, sekarang ni dah ramai yang boleh cakap Takut Allah dan Rindu Nabi. Eh, jangan! jangan pandai cakap je! kena dirasakan diHati" 

                 - Yah AtTamimi - 


Saturday, 18 April 2015

Keluarga Suci

Oh Tuhan,
Bagaimana Kau bisa ciptakan
sebuah keluarga suci
yang tidak hidup melainkan hanya untukMu
mempersembahkan sebuah cinta yang kekal sebagai cinta teragung disepanjang umur dunia

Dengan penuh Hanif berlurus hati
Hingga nama mereka Kau ukirkan di dalam upacara penyembahan
yang menjadi syarat Hamba diterima

Oh alangkah indahnya hati mereka yang suci
tiada sama sekali keinginan sendiri
melainkan hanyalah untuk Tuhan
yang Maha Segala-galanya

Sesungguhnya hidupku dan matiku
hanya untukMu Allah

Hebatnya bila Hati
hanya Tuhan yang memenuhi disegenapnya
tanpa Dunia dan segala yang dicinta
Tuhan pastinya akan membayar
dengan harga yang tertinggi
untuk sekeping Hati
yang tidak pernah
tidak pernah putus lagi denganNya


- Generasi Harapan -