Islamic Musical

Wednesday, 28 December 2016

F4E ~

Hari ini, kita bersyukur..
Hari esok, tambahkan kesyukuran..
Dengan nikmat pemberian Allah..
Itu sifat seorang Hamba..

Assalamualaikum korang!
Hik! Mood ana ceria hari ni.
Sebab semalam Allah rezekikan saya ber chit-chat dengan my very-very bestfriend. double triple bestforever gittuu..

Happy teruja ni sebab dah lama tak chit-chat. 
Sebelum ni rajin (sangatlah rajin) je chat, tapi semenjak dia tak pakai phone, Tak pernah chat nak dekat sebulan. Dah lah hanya dia seorang je kawan yang tahu handle kepala batu saya ni. Hahaha.
Tipu lah kalau dia seorang je, ada je yang lain tapi lebih rapat dengan dia ni.
Tak pernah nak sorok rahsia, akan kantoi jugak.
Memang dia kawan yang layak dikatakan "the only special one"

Matang walaupun umur beza setahun dari saya. (kadang je matang sebenarnya)
Banyak beri kekuatan, nasihat dan juga tumbukan. Hek! Asal jumpa je mesti nak tumbuk.
Nasiblah jumpa setahun sekali. Seorang yang agak suka minta disepak (kahkah, jangan marah yee) tapi dia lah juga yang sabar melayan kepala batu, kepala angin dan kepala api saya ni.
Cara beri nasihat pun berbeza. Dan sanggup berkorban dalam apacara pun untuk selamatkan kawan dia yang kadang macam nak give up dengan hidup. Cuma tuh lah, pernah jugak merajuk dengan dia nih sebulan. Pembawaan anak-buah dia ni kutt. haha.
Harap sabar yaa buyek, anak-buah awak ni memang suka merajuk dengan awak.

Tapi taklah nak kata kawan-kawan yang lain tak pernah berjasa. 
Lain kawan, lain impaknya pada diri ini. 
Hakikatnya tetap sama, u all are my bestfriend. Sahabat Dunia Akhirat.

kepada buyek yang memang tak baca post ni (sebab dia taktau pun yang saya ada blog.. haha..)
Terima kasih sangat-sangat tau.
Walaupun kita ni banyaknya gaduh, bertikam lidah dan berbeza pendapat..
Tapi awaklah juga yang sentiasa kekal di sisi.
Moga Allah balasi dengan harga Hati yang SPR mendalam pada para PH.

Okeylaa, korang. Nak undur diri dulu.
Mata saya dah mula layu, minta untuk direhatkan seketika..

Maaf zahir batin yee semua..
Assalamualaikummm~~

Wednesday, 14 December 2016

Bila Mak Jemah mula membebel..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk update blog hari ni. Maklumlah, dah lama tak update. Ni pun baru teringat ada blog sendiri. Hihi. Sedar tak sedar dah bulan 12 kan? Cepatnya masa berlalu. Tak sedar tahun depan umur dah makin tua. huk! Kurang minat dengan umur yang bertambah angka sebenarnya. Tapi apa yang hendak dikisahkan dengan angka? Patutnya cemas bila dengan berlalunya hari, hati masih lagi tidak Takutkan Allah serta rindukan Nabi.

Update entri ni bukan nak membebel sangat pun. Saja nak isi kekosongan blog. Dalam otak ni dah mula merangka cerpen. Tapi takda masa nak keluarkan. Dulu waktu zaman bujang, rajin tulis cerpen, bila dah kahwin otak dah blank. Taktau lah kenapa, perubahan hormon kutt. Dan sekarang entah ke mana dah buku cerpen tuh. Umi suda buang agaknya. Banyak sangat buku cerpen kat rumah tuh. hikhik.

Kesihatan ana? Hmm, Alhamdulillah. So far so good. Cuma kadang pandai terbabas sikit. Kesihatan yang di dalam pun baik jugak, InshaAllah. Cuma doakan untuk 22hb ni. Moga Allah berikan jawapan di atas doa dengan berkat para kekasihNya. Berdebar, risau dan cemas nak tahu.

Okeylah. ada banyak lagi tugas yang nak diselesaikan. Ni pun curi-curi masa menaip.
Mzb yee..

Saturday, 13 August 2016

Aunty-to-be mohon baca..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Maaflah, tetiba rasa nak update.
Alhamdulillah, hari ni walaupun kesihatan terumbang-ambing pada awalnya, tetapi dah mula kembali stabil dengan berkat kekasih Allah.
Menaip ni pun bukan apa, cuma nak elakkan diri ni daripada layan drama.
Sebelum ni memang dah tak layan drama, tapi boleh pulak keinginan nak layan tuh ada.
Hati belum suci sepenuhnya.
Bak kata YdB Tuan Mokhtar "sempat dirosakkan yahudi.."
betullah tuh. Ayahku itu lebih mengetahui keadaan anaknya.
Tak kira lah dari sudut mana pun.

Sebenarnya tak tau pun nak taip apa. hek!
Tapi tangan ni nak jugak.
Ni pun hasil rasa sedih kecik sbb bff kitee tak update entri baru tuk Benua Hati..
Bila tak ziarah, berlambak entri baru.
Bila ziarah, takda lak update papeee..

Harap aunty-to-be tuh sudilah update cepat-cepat entri baru Benua Hati yee...
hihihi..

Setakat ini sahaja yee.
Sekian, ampun maaf.

Wednesday, 8 June 2016

Mabruk kunun.. hihi

Alfu Mabruk diucapkan buat seorang kawan yang pernah menyumbangkan sedikit kekuatan. Walaupun rasanya agak terlewat mengetahui berita perkahwinan awokk ni, namun tetaplah doa dikirimkan.. Benarlah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Semoga rumahtangga yang dibina benar-benar mengikut ISO Allah dan Rasul, ISO Ikhwan. Haraplah dengan perkahwinan awokk ni semakin meningkat darjat disisi Allah. Bukan mudah nak menerajui rumahtangga jika tidak bersandarkan berkat dan mengikut panduan. Sedih kecik kut tak dapat pic kawen tapi takpalah. Dah tahu berita pun dah okey, walaupun agak kaget sedikit. Dah lama menunggu khabar gembira dari awokk, sebab rasanya selagi awok tuh tak kawen, perangai masuk air awokk tuh macam semakin parah! Hek! rekanya akuu. haha. Maaflah, dah watak ana ni suka reka-reka.

Tetiba rasa nak buat surat ala-ala warkah pulok. Haha.
Rasanya tak perlu kut.
Sebab ana macam nak taubat menaip/membebel panjang-panjang.

Sebelum terlupaa..

Eidul Milad yang telah berlalu 2 hari sudah.
Awok dah nikah ke eh masa tuh?
Kalau dah, wish di atas dah cukup kut..
cuma nak tambah,
moga menjadi seorang suami muqarrabin,
mampu membimbing isteri hingga ke jannah,
dan yang penting moga ditingkatkan rasa, rasa, rasa kehambaan yang sangat mendalam..
Suratul Fatihah dilayangkan sebagai penutup bicara.
**baca dalam hati jeeeee.. keh3**

Sekian, terima kasih. hek!

Tuesday, 7 June 2016

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Al Mubarak ku layangkan untuk pertama kalinya setelah sekian lama menyepi dari dunia blog ini. Baru terperasan last update blog ni pada bulan 3. Hek! Entah apa yang disibukkan pun tak tahulah. Takda idea kut nak menaip. or lebih tepat lagi... MALAS! Bila dah banyak benda kena hadap, memang takda mood nak menaip. Alhamdulillah, semalam genaplah umur jasad yang ke 21 tahun hidup di dunia. Besarnya hadiah dari Allah buat diri ini, kerana direzekikan menyambut hari kelahiran pada hari puasa yang pertama. Walaupun sedih kecik tak dapat kek, tapi Allah hiburkan dengan ucapan dan doa dari kawan-kawan. Syukran jazilan pada yang sudi mendoakan diri yang sangatlah banyak kelemahan ini. Moga doa yang baik-baik itu berbalik kepada kalian agar kita semua berjaya mendapatkan Hati yang Selamat menuju Allah. Juga pada hari kelahiranku, nafsu turutlah digemparkan dengan berita kematian. Allah buatkan supaya hati ini jangan nak rasa "aku masih muda, boleh enjoy lagi.." sedangkan Allah tu kalau nak tarik sekarang pun boleh laa sangat! AlFatihah buat mereka yang telah pergi. Moga roh kalian ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang bertaqwa.

Tiadalah harapan dan impian lain di bulan Ramadhan ini selain ingin mendapatkan hati seperti guru Mursyidku. Jikalau dulu aku inginkan benda keduniaan, telah ku buangkan keinginan murahan itu. Kalaupun masih ada, adalah kerana diri masih terumbang ambing lagi. Tiadalah daya kudratku untuk berbuat kerana semua yang berlaku terhadap diriku adalah kehendak Allah.

Didoakan buat semua yang mengenali diri ini,
semoga Ramadhan kali ini
mampu untuk merubah kita..
mengembalikan fitrah yang telah hilang..
Moga jadilah kita orang baru,
Orang yang menyerahkan hati dan jasad hanya untuk Allah..
Tidak ada lagi dunia yang mengisi..


Tuesday, 15 March 2016

Terima Kasih :')

Terima Kasih..

buat mereka yang hadir dalam hidup ini

ada yang kekal bersama, tak kurang juga yang sementara..

Sungguh, pahitnya bila terpaksa berpisah
namun apakan daya..

Allah itu terlalu baik..
kerana telah menemukan diriku dengan berbagai jenis ragam manusia

Untuk aku lebih mengenali watak manusia
Menilai kelebihan dan kekurangan
Tapi tidaklah kekurangan itu dijadikan satu bahan cemuhan

Bahkan aku turut sama belajar dari kekurangan itu

Dengan kelebihan itu pula, 
aku mendapat tempias kekuatan..

Kekuatan untuk hati yang sudah mulai goyah

Hati yang selama ini mampu untuk memendam sendiri mula hendak melepaskan..

terlalu sukar untuk terus memendam dan terlalu pahit juga untuk diluahkan..

Terima Kasih sekali lagi..

buat yang jauh di mata, 
tapi dekat di hati..

kerana meminjamkan masa
sudi memberi sedikit kekuatan
sudi turut sama mendoakan diri ini..

walaupun aku selalu mengabaikan..
kadang sering melupakan
kamu tidak jemu untuk 'stay' dengan aku..

Terima Kasih..
Terima kasih wahai Allah dan Nabi..

akan aku belajar dari ujian kali ini
Untuk hati ini semakin pecut mendapatkanMu
Untuk hati ini terangkai dengan keberkatan ayah berkatku..


Terima Kasih Sahabat-sahabatku..
semoga Allah dan Nabi balasi pengorbanan dan doa kalian dengan balasan yang setimpal..

Ampun maaf dariku
yang terlalu banyak karenah..

Thursday, 10 March 2016

Aku.. patutnya malu

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Wednesday, 10 February 2016

Fahamilah wahai diri

Hamba..

yang selalu terlalai,
selalu saja terleka.
bila jemu bertandang,
mudah saja untuk tertekan.
bila tertekan, semua serba tak kena.
nak melenting, marah itu ini.

Oh jiwa..
begitulah yang akan terjadi
bila hati tidak dipandu
tidak faham akan hikmah dari nikmat ujian

cuba engkau renungkan wahai hamba
hanya sekali sekala ujian melandamu
sedangkan sebelum ini kau diulit kesenangan
tak perlu nak fikir itu ini
hanya duduk bersantai

tidakkah engkau patut merasa malu wahai hamba?
terlalu mudah untuk kau menyalahkan Tuhan
dalam keadaan nafsu engkau bermaharajalela
bukan engkau yang sakit sebenarnya
tetapi nafsumu

disinilah berlakunya peperangan antara hati nurani dan nafsu
di antara keduanya yang akan menjulang bendera
samada bendera kehambaan ataupun kemegahan.

masih lagi engkau hendak bertuhankan nafsu wahai hamba?
mujahadahlah walau perit.
meminta tolong pada Allah,
mengalah pada Allah jangan mengalah pada nafsu

Allah takkan membiarkanmu,
Yakinlah, disebalik peperangan nafsu yang perit ini
Ada hadiah yang terlalu mahal menantimu.
Hadiah yang takkan mampu dibeli dengan harga dunia.

Monday, 25 January 2016

U J I A N


Kau diuji bukan untuk lemah,
Kau diuji bukan untuk semakin jatuh.
Ketahuilah bahawa Ujian itu adalah pendamping untukmu agar terus kuat pautan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa Ujian itu adalah sebesar-besar nikmat Allah padamu,
Kerana dengan Ujian itu engkau pandai bercakap-cakap dengan Allah.
Engkau pandai bermanja denganNya.
Engkau pandai berfikir yang engkau bila tanpa Allah, engkau akan binasa.

Benar Ujian itu pahit dan perit.
Tetapi dengan kepahitan dan keperitan itulah nafsu engkau tunduk.
Engkau jatuh lemah, mengalah dengan Allah sebenar-benar Tuhan.
Engkau mampu untuk merujuk setiap masa dengan Allah.

Tidakkah engkau dapat merasakan nikmat itu wahai Hati?
Sayangnya Allah pada makhluk ciptaannya tak sama seperti ibu dan ayah mengasihi anaknya.
Tetapi lebih besar dan dahsyat lagi Kasih SayangNya pada kita.
Diberilah kita SAHABAT baik yang bernama ujian.
Kerana tanpa Ujian itu, engkau takkan mungkin mampu utnuk merujuk dengan Allah.
Engkau takkan mampu untuk mengingati Allah tanpa putus walau sesaat.

Maka tiap kali Ujian itu melanda engkau,
Kuatlah! 
Muhasabahlah!
Merendah dirilah!
Mengalahlah dengan Tuhan Penciptamu.
Cukuplah sudah engkau bertuhankan nafsumu...

Thursday, 14 January 2016

Jangan tinggalkan aku, Tuhan.


Kalau Engkau tinggalkan aku, Tuhan
Apalah erti hidup ini
Jika Engkau biarkan aku, Tuhan
Segala yang ada tidak ada erti
Apalah erti hidup tanpaMu Tuhan?
Aku memerlukanMu

Jika Engkau pimpin aku
Segala yang ada mempunyai makna
Setiap milikkan ku mempunyai erti
Kalau tidak memiliki apa-apa pun masih mempunyaiMu

Betapalah besarnya erti hidup ini
bersamaMu bahagialah hati
Cerialah muka walaupun papa
Kalau hidup ini tidak bersamaMu
Hilanglah bahagia
Ceria tiada walaupun berkuasa dan kaya
Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka

Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan
Engkau adalah cahaya menyuluh harapan
Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan
Engkau adalah segala-galanya

Jangan tinggalkan aku, Tuhan
Jangan biarkan aku, Tuhan
Itulah harapanku padaMu
Dengan RahmatMu
Tuhan harap tunaikan
Tuhan, harap harap tunaikan..

Saturday, 2 January 2016

2 0 1 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah satu zat yang Maha Agung, yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Dialah yang memiliki segala apa yang ada di muka bumi ini. Allah yang terkenal dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Kasih Sayangnya yang begitu luas tak bertepi. Namun di sebalik sifat itu, Allah jua Maha Menghukum hamba-Nya. Bahkan telah disiapkan Neraka untuk hamba-hamba yang terlalu sombong denganNya. Begitulah Dia Zat yang Maha Segalanya. Telah memberi nikmat udara tanpa meminta bayaran pun. Hanya meminta hati diserahkan sepenuhnya hanya untuk-Nya.

Diizinkan lagi hambanya melalui fasa tahun masihi yang baru. Diberi pinjam lagi nafas milik-Nya untuk seorang hamba ini taat, tunduk dan patuh pada-Nya. Terima Kasih Wahai yang Maha Pencipta atas peluang ini. Walau hamba ini tidak tahu sejauh mana peluang nafas ini Engkau pinjamkan. Namun tetaplah seorang hamba ini berusaha untuk menjadi hamba sebenar-benar hamba. Biarpun seringkali tersungkur jatuh. Watak hamba kan lemah dan tak mampu, maka hamba ini memohon lagi agar diberi kekuatan hati untuk menempuh tahun masihi yang baru ini bersama rasa.

Terima Kasih juga buat seorang Nabi yang sentiasa bersama hamba ini. Walhal seringkali hamba ini melupakannya, juga boleh dikatakan hati hamba ini tiada ruang buat Nabi yang berjasa. Mohon ampun ya Rasulullah, Nabi akhir zaman yang telah di anggap mati oleh ummat-Nya sedangkan rohnya tak pernah mati. Wahai Nabi, hamba ini mohon jua padamu, moga diberi syafaat. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Juga buat AyahBonda yang terlalu banyak jasa pada anaknya ini. AyahBonda lah yang berhempas pula mengenalkan Allah dan Nabi itu pada diri anaknya ini. Si anak yang seringkali tidak mendengar kata, tak beradab dan tak tahu malu atas segalanya. Wahai AyahBonda yang tak pernah ku berikan kegembiraan, moga tahun masihi yang baru ini menjadi saksi anak yang degil ini tidak lagi mengukir kekecewaan dan luka, serta membuatkan AyahBonda menangis. Sudi bantu yee AyahBonda..


Buat Ayah perjuangan,
Maaf dari hati di atas kesilapan anakmu ini.
Diakui segala kesalahan dan kesilapan yang seringkali tidak menguatkan hati dengan Allah.
Maka berlakulah segala kerosakan fizikal dan hati.
Kerana tidak mengambil 'ubat' dengan istiqomah.
Moga ayah juga sudi untuk membantu anakmu ini.
Jangan biarkan..


Akhir sekali buat rakan seperjuangan,
Marilah kita bersama-sama menjadikan tahun masihi yang baru ini sebagai bukti cinta kita pada Allah.
Serahkan hati sepenuhnya untuk diproses.
Moga tidak lah kita menjadi hamba yang gagal bila dipanggil menghadap Allah..