Islamic Musical

Sunday, 25 October 2015

Mengapa perlu sensitif?

Wahai Hati...
mengapa kau terlalu sensitif dengan hal-hal keduniaan?
mengapa kau mudah dijentik dengan benda murahan? 
mengapa kau mudah untuk terlalu berharap pada yang tak selalu bersamamu? 

Perit kan bila dipinggirkan? 
Perit kan bila tak dipedulikan? 
Perit kan bila kau rasa macam tak wujud pun! 

Sakit kan merasa semua itu?!

Wahai Hati yang menjadi rebutan antara malaikat dan syaitan,
Wajarkah kau untuk membiarkan kau jatuh dan lemah? 
Wajarkah kau rasa untuk kau terus diperhambakan nafsumu?!

Aduh hati!
berapa kali lagi di setiap jatuh dan bangunmu,
kau ulang berkali-kali kesilapanmu?
walhal kau pun tahu kan ubat untuk semua masalahmu itu? 
berapa lama lagi kau nak murah-murahkan untuk dunia yang tiada harga walau sebesar zarah pun ini?!

Cukuplah wahai Hati...

Cukuplah sampai disini sajaa!
berdirilah kau atas nama Allah dan Rasul..
menanglah kau dari nafsumu..
jangan lagi kau biarkan kau mati seperti dulu..

AbuyaBonda.. sudi tolong yee? 

Saturday, 24 October 2015

IBU

Wahai hati,
Engkau kata engkau sedih dgn pemergiannya,
Engkau kata engkau tidak kuat dgn kehilangannya,
Tapi mengapa engkau tidak melaksanakan hasratnya?
Kalau benar engkau sedih, mengapa engkau tidak bersungguh menjadi orang rasa?
Bukankah itu hasrat ibumu, ingin melihat engkau menjadi orang rasa,
Itulah hiburan terbesar buat ibumu.
Ibumu ingin melihat engkau menjadi org rasa, org berkat.
Ibu sangat ingin melihat anak-anaknya selamat di dunia dan akhirat.
Adakah engkau benar benar merasakan ibumu sudah tiada?
Kan hubungan hati itu takkan pernah putus kalau engkau sudah benar-benar menjadi org rasa!
Kan hubungan roh itu takkan pernah rosak kalau engkau telah menjadi orang berkat!
Bukankah ibu sudah membekalkan Allah dan Rasul buatmu?
Bukankah ibu sudah mempersiapkan para Ikhwan mereka sebagai sumber keberkatanmu?
Peganglah! Ganggamlah! Yakinlah!
Jangan sesekali putus.
Kerana itulah kekuatan hati.
Ayuh segera menjadi orang rasa!
Mari cepat-cepat menjadi orang rasa!
Agar nanti kita melihat kemenangan Islam itu berlaku di tangan-tangan orang berkat.
Oh ibu,
Berbahagialah dikau di sana bersama-sama kecintaanmu,
Anak-anakmu ingin menjejaki hatimu..
Dia selamat. Kita bagaimana?

Thursday, 22 October 2015

Nafsu itu perlu tenang

Engkau hendak berubah
Tetapi dengan nafsu sendiri engkau rebah
Engkau hendak baiki diri
Malangnya engkau selalu memilih jalan kiri

Hati engkau jelas kelihatan lesu
Kerana taubat engkau semuanya palsu
Ujian datang untuk lemahkan nafsu
Bodohnya engkau kerana nafsu tidak membisu

Lidah mengatakan hati kian retak
Tetapi nafsumu tidak pernah engkau hentak
Mulut petah berkata berbagai rentak
Tetapi dengan hati engkau buat lantak

Jiwamu seolah olah tidak takut perang
Perjuangnmu sentiasa diiringi parang
Sebenarnya engkau temberang
Kerana mengutamakan engkau punya pantang larang

Nafsu perlu tenang
Hati sewajibnya menang
Air mata hati perlu bergenang
Agar di akhirat nanti kita senang


--- Adib At Tamimi
13 Oktober 2015

Wednesday, 21 October 2015

Eidul Milad Adikku

11 Oktober 2015



Maka genaplah 18tahun umur mu di dunia ini.
Betapa Allah masih lagi memberi peluang padamu hidup untukNya,
dalam menunaikan ikrar dan janjimu.



Selamat membesarkan Allah dan Rasul,
Selamat dari kemurkaan Allah,
Selamat dari maksiat lahir dan batin,
juga selamat menjadi remaja Rasa!

Ketahuilah wahai adikku,
sebesar-besar hadiah Allah buatmu adalah berkat yang dihadiahkan pada kita semua.
Maka burulah ia, jangan lepaskan..
Moga kita sama-sama direzekikan Hati yang sejahtera...

7 Muharram ♥






7 Muharram

Allah takdirkan kelahiraku berlaku pada hari itu
Adapun peristiwa berlaku namun taklah luarbiasa sangat
Siapalah aku untuk menempah peristiwa itu
6 June 1995 tarikh dalam kalendar masihi



Cukup cantik lah, bagi diriku
Siapalah yang tak suka tarikh lahir sendiri kan?

Maka pada 7 Muharram 1437H ini,
Allah masih lagi izinkan aku hidup dibumiNya


Siapa sangka usiaku kini dah 20 tahun?
Sedangkan Allah boleh berbuat apa sahaja dalam tempoh umurku itu
Boleh sahaja Dia mengambil nyawaku,
mencacatkan aku aku atau apa sahaja..
Kerana Dia kan Maha Berhak ke atas tiap-tiap hambaNya?

Maka selama umur 20 tahun ini,
ku renungkan, fikir dan melihat ke belakang kembali
Memberi diri peluang untuk mengimbau
Adakah di sepanjang usiaku itu, aku telah menjadi hamba sebenar-benar Hamba?
Atau aku masih bersifat langit?

Dan akhirnya jawapan itu telah aku temui,
bersama jawapan yang sangat menghentak hati.
GAGAL! YA, AKU GAGAL!
Tipulah kalau nak kata berjaya,
Kalau dah berjaya, tentu aku dah menjadi orang rasa.

Oh Tuhan,
rupanya selama umur duniaku ini,
aku masih lagi gagal menjadi Hamba yang sebenarnya.
kerana aku masih lagi turutkan kata nafsuku,
masih lagi ku biarkan diriku dibodohkan nafsu,
diperkotak-katikkan oleh Yahudi!

Bahkan ternyata persembahan ku selama ini adalah BANGKAI!
Tuhan!! betapa zalimnya aku sebagai hambaMu!
Wajarlah Dikau menciptakan Neraka, untuk ku gerun dan takut padaMu.
Kerana dalam sembahyangku, rasa takut padaMu entahkan ada.
Bukan ku tak mahu wahai Tuhan,
Tapi kerana aku lemah dalam melawan nafsuku..
Maka selepas ini, sudilah untuk membantuku Ya Allah?
Agar sembahyangku bukan bangkai lagi,
Agar sembahyangku tidak mengulangi sembahyang Abdullah bin Ubai bin Salul,
Agar dengan sembahyangku ini, lahirlah rasa-rasa yang Engkau mahukan dariku..

Bantulah wahai Allah,
Bantulah wahai Allah,
Bantulah wahai Allah,
dengan berkat waliMu..