Gelodak hati ini,
Perasaan berkecamuk,
Membawa seribu erti,
Penyesalan yang tidak terhingga.
Menempuh tiap detik yang mencemaskan,
Hati menjadi resah gelisah,
Perpisahan yang semakin menghampiri,
Tuhan, ampunkan aku.
Ternyata di Ramadhan kali ini,
Aku tidak mampu lagi mendapatkan rasa itu,
Airmata ku tidak mampu mengalir,
Menangisi segala dosa dan ketelanjuran.
Sungguh aku berusaha,
Mungkin usahaku tidak semaksimum mungkin,
Dalam mengejar cintaMu,
Tiada bukti untuk penyaksian ikrarku.
Derita hati ini,
Sengsaranya batin ini,
Menjerit kepiluan,
Mengapa hatiku begitu keras ?
Ampunkan aku wahai Tuhan,
Jerit hatiku, tangis hatiku,
Kerana kekerasan jiwaku,
Jangan biarkan aku.
Kini ia beransur pergi,
Apakah masih ada harapan,
Untuk aku bertemunya ?
Hati kecilku bertanya..
Hari raya yang bakal tiba,
Sungguh aku tidak layak merayakannya,
Mencuba utk meraikannya,
Berharap semoga ada keberkatan
dari mereka yg berjaya ~
#26Ramadhan1435H

No comments:
Post a Comment