Islamic Musical

Wednesday, 12 August 2015

Baru sibuk nak update ~

Assalamualaikum..

Hmm, dah berhabuk dah belog aku ni. Takda masa sangat nak jenguk. Nak kata busy tu tak jugak, cuma tu lah. Kena tunggu mood mengarang datang, baru nak jenguk. Aku ni bukannya nak jamin sangat kerajinan dan istiqomah aku dalam segala hal. Selalu saja ada turun naiknya. Dah namanya manusia kan? Selalu saja tersilap, tersalah dan berbagai ter lagi lah yang sememangnya lambang seorang hamba yang banyak sangat kelemahan. 

Banyak sangat peristiwa yang berlaku sejak aku tak update apa-apa kat belog ni. Biasanya, kalau tak update pun, tetap akan ada entri yang di drafkan. Maklumlah, aku ni jenis yang merapu terok. Nak diluah, tak tahu dengan siapa. Dulu adalah seorang hamba Allah ni jadik mangsa kemerapuan aku. Tapi tu dulu, sekarang lain. Haha. Tetiba datang mood gedik nak mengenang. Allah, pandulah!

Bila dah melalui macam-macam proses ujian ni *ayat aku ni macam dah familiar sangat pulak* nyatalah aku Gagal dan semakin gagal! Padahal dah selalu sangat dihujani dengan kata semangat, dorongan dan kekuatan dari suami, umi ayah, adik beradik dan sahabat tercinta. Tapi mengapa aku terus gagal? Teringat pulak satu kata-kata dari Imam Al Ghazali ni

' Kita sering menyalahkan sesuatu di luar diri kita tanpa menyedari punca sebenarnya di dalam diri kita '

Hmm, first baca ayat ni memang sentap gila! Perghh! Terlalu dalam menerobos masuk ke dalam dasar hati ianya menusuk. Memang pun selama ni aku selalu bersikap sedemikian. Asyik nak salahkan orang je. Kadang, aku ni nampak je muka suci, diam dan taat. *kadang je, okeyy* Tapi orang tak tahu apa yang ada dalam hati aku. Sering saja memberontak belakang-belakang. Lepas dah okay sikit hati tu baru nak sedar kononnya memang aku patut kena macam ni, macam tu, dan macam-macam sekalian. Baru lah nak insaf, padahal lepas tuh kompem akan ulang balik perkara yang sama.

Sebenarnya, banyak macam mana pun panduan, kekuatan, dan semangat yang disalurkan ia akan menjadi nothing bilamana diri kita sendiri yang tak ambil inisiatif untuk menguatkan diri kita. Kadang nak ditegur, bila dah ditegur tetap saja ambil mudah sebab teguran tuh hanya untuk menjadi halwa telinga sahaja. Amboiii diri! Besarnya mazmumah yang meraja tuh? Nak jugak menangkan nafsu yang sah-sah akan sentiasa membawa manusia kepada kejahatan.

Nak berubah tuh, dari diri sendiri je sebenarnya. Tak guna nak mengadu pada manusia dan mintak doa bagai kalau diri sendiri tuh takda usaha langsung nak berubah! Eh, menyampahnya! Lagi-lagi dengan diri sendiri. Gedik sangat tahap kuasa aiskrim yang beku bila nak menunjuk ujian yang dilalui tuh macam berat sangat. Padahal, itu tak berat dan bukan menjadi masalah pun. Yang menjadi masalah disini ialah bilamana ujian datang menyapa, tapi tak mendekatkan diri dengan Allah! Tak perbaiki hubungan dengan Allah dan Rasul! Takpe lah bila ujian datang, sampai kita menangis merintih-rintih di malam hari dek kerana beratnya ujian itu, kita takkan rugi apa-apa pun kan? Tak nampak lagikah yang ujian ni tanda kasih sayang Allah pada hambaNya? Tak rasa mahalkah dengan ujian ni? Kerana dari ujian ini lah kita mendapat kekuatan dan perhatian lebih dari Allah.

Okaylah, dah macam pelik sangat apa yang aku taip ni. Takut tersasar dari landasan yang sepatutnya. Allah Allah Allah, pandulah! Harap entri ni bukan lahir dari nafsu. Sekiranya berlaku yang demikian, nyatalah aku masih dibawah naungannya! Ayahh! nak jadi orang RASA! Doa mendoakan sesama kita. Jika ada yang lalai, kita ingat-ingatkan. Jika ada yang lemah, kita kuat-menguatkan.

Ampun maaf berjuta kali andai dengan entri ini membuatkan hati kalian tak senang hati, tak tepat dengan rasa hati, mengguris hati, melukakan hati dan bermacam lagi perasaan yang ada dalam hati kalian yang aku tak tahu, kerana setiap entri yang aku postkan disini lebih kepada memerli diri sendiri dan langsung tak kaitkan sesiapa. Kalau aku ada kaitkan, aku akan mention namanya di sini.

Asiff untuk kesekian kali..
Ampun Maaf Zahir dan Batin..
Sekiann ..



p/s : tak terlambatkan utk mengucapkan Selamat Hari Raya pada kalian? moga Aidilfitri kali ini membaawa makna kepada kita. AidilFitri seorang Hamba..

No comments:

Post a Comment