Islamic Musical

Friday, 14 August 2015

Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang?

Salam Jumaat yang penuh berkat, mari kita baca dan cuba fahami sedikit sajak Abuya di bawah ini dan renungkan ke dalam diri kita. moga bermanfaat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. 





Engkau mempersoalkan ketidakadilan orang lain?
Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang?
Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan
Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau
Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara
Engkau dan mereka caci-maki si penzalim
Engkau dan orang ramai sakit hati dengan ketidak adilan mereka
Engkau atur strategi menentang mereka
Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara
Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah?
Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman?
Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri?
Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri?
Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang yang terzalim?
Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu ialah orang yang tidak kenal Allah
Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya
Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung dan tidak menyembah Allah
Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja
Tidak adil di bidang ekonomi, pembahagian projek yang tidak seimbang diagih
Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja yang engkau benci
Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan
Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil
Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi..



Menjelang Zuhur
18.10.99

No comments:

Post a Comment