
7 Muharram
Allah takdirkan kelahiraku berlaku pada hari itu
Adapun peristiwa berlaku namun taklah luarbiasa sangat
Siapalah aku untuk menempah peristiwa itu
6 June 1995 tarikh dalam kalendar masihi
Cukup cantik lah, bagi diriku
Siapalah yang tak suka tarikh lahir sendiri kan?
Maka pada 7 Muharram 1437H ini,
Allah masih lagi izinkan aku hidup dibumiNya
Siapa sangka usiaku kini dah 20 tahun?
Sedangkan Allah boleh berbuat apa sahaja dalam tempoh umurku itu
Boleh sahaja Dia mengambil nyawaku,
mencacatkan aku aku atau apa sahaja..
Kerana Dia kan Maha Berhak ke atas tiap-tiap hambaNya?
Maka selama umur 20 tahun ini,
ku renungkan, fikir dan melihat ke belakang kembali
Memberi diri peluang untuk mengimbau
Adakah di sepanjang usiaku itu, aku telah menjadi hamba sebenar-benar Hamba?
Atau aku masih bersifat langit?
Dan akhirnya jawapan itu telah aku temui,
bersama jawapan yang sangat menghentak hati.
GAGAL! YA, AKU GAGAL!
Tipulah kalau nak kata berjaya,
Kalau dah berjaya, tentu aku dah menjadi orang rasa.
Oh Tuhan,
rupanya selama umur duniaku ini,
aku masih lagi gagal menjadi Hamba yang sebenarnya.
kerana aku masih lagi turutkan kata nafsuku,
masih lagi ku biarkan diriku dibodohkan nafsu,
diperkotak-katikkan oleh Yahudi!
Bahkan ternyata persembahan ku selama ini adalah BANGKAI!
Tuhan!! betapa zalimnya aku sebagai hambaMu!
Wajarlah Dikau menciptakan Neraka, untuk ku gerun dan takut padaMu.
Kerana dalam sembahyangku, rasa takut padaMu entahkan ada.
Bukan ku tak mahu wahai Tuhan,
Tapi kerana aku lemah dalam melawan nafsuku..
Maka selepas ini, sudilah untuk membantuku Ya Allah?
Agar sembahyangku bukan bangkai lagi,
Agar sembahyangku tidak mengulangi sembahyang Abdullah bin Ubai bin Salul,
Agar dengan sembahyangku ini, lahirlah rasa-rasa yang Engkau mahukan dariku..
Bantulah wahai Allah,
Bantulah wahai Allah,
Bantulah wahai Allah,
dengan berkat waliMu..
No comments:
Post a Comment