Islamic Musical
Monday, 23 November 2015
Di mana kalian?
Ketahuilah
bahawa aku juga macam kalian
Selalu terumbang-ambing dan terkapai-kapai
Letih dan takut untuk berhadapan ujian bersendirian
Selalu mencari-cari
Dimanakah kalian?
Dimanakah kawan-kawanku ketika aku dilanda ujian yang Maha Dahsyat?
Dimanakah kalian yang kata selalu ada tika aku sangat memerlukan?
Dan kemudiannya soalan itu terbiar sepi..
Penantian dan pengharapan palsu tak dipeduli
Mana mungkin aku mampu bertahan dalam gelombang
Namun aku bangkit mencari sesuatu
Sesuatu yang selama ini aku tak ambil kisah
Sesuatu yang aku tak mahu ambil tahu kewujudannya
kerana di waktu itu aku yakin dengan kawan-kawan
dan pengharapan disandar sepenuhnya kepada kalian
Barulah kini tersedar dari dunia yang dicipta sendiri
Tersedar dari angan-angan palsu
Selama ini rupanya aku ada ALLAH..
rupanya aku ada Nabi
yang tak pernah lekang dariku
Jadi bagaimana aku boleh sebuta, setuli, sebisu dan sepekak ini
Untuk menidakkan ALLAH dan NABIku itu?
Bagaimana aku selama ini yang terlalu menjauhkan diri?
Sedangkan Allah dan Nabiku itu sentiasa menungguku
Menunggu aku untuk sampai kepada Allah dan Nabi
dengan segala sifat kekurangan,
agar dengan kekurangan itu aku menjadi hamba
Rupanya selama ini Allah dan Nabiku memberikan ku hadiah iaitu kalian
Namun dengan hadiah itu aku tersalah berperasaan dan bertindak
Maka diambillah kalian kembali dariku
Didikan terus untuk hati yang terlalu sarat
Maka dengan ini,
aku bersetuju wahai Allah dan Nabi
untuk ujian dan kasih sayang ini..
Untuk ini aku mohon,
peliharalah, sihatkanlah dan berkatilah
semua mereka yang pernah berkawan denganku
dan mereka yang pernah menganggap aku sebagai kawan mereka
agar nanti dengan kuatnya kembali hati dengan Allah dan Nabi ini
Persahabatan seterusnya hanya keranaMu
bukan kerana kepentingan diri yang tak membawa erti apa-apa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment