Islamic Musical

Sunday, 15 November 2015

Peluang dan Amaran

Allah..

hari ini aku masih lagi diberi peluang, 
peluang untuk membaiki kesilapan diri,
peluang untuk berkhidmat,
peluang untuk menjadi hamba dan khalifah,
untuk menunaikan janji pada Allah..

Telah banyak peluang yang diberi pada diriku, sampai kini aku tak pasti aku mampu ke untuk melaksanakan? Panduan terlalu banyak diberi namun untuk mempraktikkannya sudah tentu bukan semudah yang diakalkan, dan dicakapkan. Untuk terus berada dalam sebuah bahtera ini sudah merupakan nikmat yang terlalu besar buatku. Dalam bahtera ini aku diajar untuk melihat sesuatu itu dengan mata hati, diajar hati untuk melihat Allah disebalik kejadian. Dimana lagi aku mendapat ilmu yang ajaib sebegini rupa? Ilmu yang tersangatlah ajaib, besar dan agung untuk melihat zat yang maha agung itu dengan hati! Kini diberi lagi peluang besar, namun aku takut bahkan kecut untuk menerima. Maka ramai lah yang akan berkata

"untunglah dah meningkat"

Tahukah kamu bahawa semua itu merupakan bahaya dan amaran buat diri ini? Takutnya untuk menerima, takut juga untuk menolak. Siapa kita untuk berbuat kedua-duanya? Sedangkan Allah lah yang memberi peluang itu sebenarnya. Berada di dalam satu area ataupun zon pengharapan dari Ayah dan Bonda sudah semestinya menjadi satu azab kecemasan! Cemas andai tak menjadi seperti yang diharapkan. Maka diasaklah terus diri ini, bermacam ilmu dan panduan telah ditunjuk ajar. Untuk melihat akhirnya aku menjadi manusia, menjadi hamba Allah. Melihat peluang ini tak kurang jugak mendapat amaran dari Allah. Andai kau gagal, kau kelak akan dilempar ke Neraka! Sempatkah untuk merasa layak diatas peluang yang diberikan? Sedang amaran itu juga diberi. Satu amaran untuk kau terus rasa kau memang layak, tak berbuat dan takkan mampu! Kasihnya Allah, memberi peluang dan ancaman seimbang dengan nafsu yang sentiasa bergelodak, sentiasa berkecamuk. Maka diri ni berkerja keras lah untuk memastikan diri sentiasa terhubung dengan orang-orang Allah! Tapi hamba kan tetap hamba. Sentiasa ada turun naik. Amaran dan ancaman selalu sahaja dipandang sepi. Tewas lagi dengan kehendak nafsu.

Wahai Allah..
yang membolak-balikkan hati, yang Maha Berkuasa terhadap Hati dan diri ini, Engkau tentu tahu aku ini lemah dan tak mampu...
Wahai Nabi yang sentiasa memantau,
sudilah pegang hati ini, sudilah untuk menerima..
Wahai Ayah Bonda yang telah berkerja keras untuk memastikan aku ini menjadi hamba Allah, bukan lagi hamba nafsu, tolonglah anakmu ini wahai Ayah Bonda..
Wahai Abbati-Abbati Barkah!
alirkanlah barkah kalian padaku, agar aku tidak lagi menurut kata nafsu ku, agar aku tidak lagi tunduk dengan akalku.. moga jadilah aku apa yang diharapkan Ayah Bondaku..


No comments:

Post a Comment