Islamic Musical

Friday, 18 December 2015

Lidah

Lidah.
Nampak macam remeh dan kecik tetapi sebenarnya sangat besar.
Seperti kata pepatah "kerana lidah, badan binasa"
Kerana lidah ini kalau tidak digunakan untuk benda yang baik maka binasa lah kita. 
Bukan hanya di dunia tetapi di akhirat juga.
Seperti kisah di zaman Rasulullah SAW, ada seorang wanita ahli ibadah. 
Di malamnya rajin bersembahyang malam, tak pernah miss bangun malam..
Tetapi bila Rasulullah lalu di hadapan rumahnya, Rasulullah SAW mengatakan bahawa wanita itu ialah ahli neraka. 
Mengapa Rasulullah SAW mengatakan begitu?
Kerana walaupun wanita itu ahli ibadah di malam hari, namun di siangnya wanita itu selalu sahaja menyakiti hati jirannya.
Lihatlah, kerana lidah yang di anggap ringan itu juga boleh mengheret kita ke dalam Neraka Allah. 
Wal'iyazubillah.
Demikian lah juga lidah ini membawa jasa yang besar pada kita jika kita pandai menggunakannya untuk Allah.

Kenapa hari ini timbul topik lidah?
Sebabnya lidah tengah bermasalah sekarang.
Lidah yang lembut dan tidak bertulang ini kalau Allah dah tarik sedikit nikmat sihat
Memang parah! walaupun hanya sedikit.
Nak makan susah, nak bercakap, nak minum.
Azabnya ya Allah!
Rasa tak selesa tu memang sentiasa.
Layaklah Allah buatkan lidah ni sakit,
Sayangnya Allah tu sebab nak lidah ni berhenti bercakap benda yang sia-sia,
lagilah bila lidah ni dah terbiasa rancak mengata sana sini.
Bila Allah tarik nikmat lidah ni baru nak ingat Tuan Empunya lidah.
Kita tak ada kuasa pun nak sembuhkan lidah ni dengan sekelip mata.
Rasa tak selesa yang patut ada setiap masa boleh hadir tanpa dipaksa

Begitulah manusia bila dah jatuh, bila dah sakit baru ingat Allah.
Macam mana yee kita nak ingat Allah itu bukan sahaja di dalam susah tetapi juga dalam senang kita.
Setiap saat hati ni kekal bersama Allah.
Jadi bila jatuh dan sakit kita rasakan itu satu kebahagiaan dan kecintaan.
Tak melatah, mengeluh mahupun merungut.
Yang ada hanya kesyukuran serta tangisan rindu dan cinta yang mendalam,
kerana Tuan Empunya itu masih bersama kita, tidak meninggalkan bahkan setia sentiasa di sisi.

No comments:

Post a Comment