Islamic Musical

Monday, 25 January 2016

U J I A N


Kau diuji bukan untuk lemah,
Kau diuji bukan untuk semakin jatuh.
Ketahuilah bahawa Ujian itu adalah pendamping untukmu agar terus kuat pautan dengan Allah.
Ketahuilah bahawa Ujian itu adalah sebesar-besar nikmat Allah padamu,
Kerana dengan Ujian itu engkau pandai bercakap-cakap dengan Allah.
Engkau pandai bermanja denganNya.
Engkau pandai berfikir yang engkau bila tanpa Allah, engkau akan binasa.

Benar Ujian itu pahit dan perit.
Tetapi dengan kepahitan dan keperitan itulah nafsu engkau tunduk.
Engkau jatuh lemah, mengalah dengan Allah sebenar-benar Tuhan.
Engkau mampu untuk merujuk setiap masa dengan Allah.

Tidakkah engkau dapat merasakan nikmat itu wahai Hati?
Sayangnya Allah pada makhluk ciptaannya tak sama seperti ibu dan ayah mengasihi anaknya.
Tetapi lebih besar dan dahsyat lagi Kasih SayangNya pada kita.
Diberilah kita SAHABAT baik yang bernama ujian.
Kerana tanpa Ujian itu, engkau takkan mungkin mampu utnuk merujuk dengan Allah.
Engkau takkan mampu untuk mengingati Allah tanpa putus walau sesaat.

Maka tiap kali Ujian itu melanda engkau,
Kuatlah! 
Muhasabahlah!
Merendah dirilah!
Mengalahlah dengan Tuhan Penciptamu.
Cukuplah sudah engkau bertuhankan nafsumu...

No comments:

Post a Comment