Islamic Musical

Saturday, 2 January 2016

2 0 1 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Allah satu zat yang Maha Agung, yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Dialah yang memiliki segala apa yang ada di muka bumi ini. Allah yang terkenal dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Kasih Sayangnya yang begitu luas tak bertepi. Namun di sebalik sifat itu, Allah jua Maha Menghukum hamba-Nya. Bahkan telah disiapkan Neraka untuk hamba-hamba yang terlalu sombong denganNya. Begitulah Dia Zat yang Maha Segalanya. Telah memberi nikmat udara tanpa meminta bayaran pun. Hanya meminta hati diserahkan sepenuhnya hanya untuk-Nya.

Diizinkan lagi hambanya melalui fasa tahun masihi yang baru. Diberi pinjam lagi nafas milik-Nya untuk seorang hamba ini taat, tunduk dan patuh pada-Nya. Terima Kasih Wahai yang Maha Pencipta atas peluang ini. Walau hamba ini tidak tahu sejauh mana peluang nafas ini Engkau pinjamkan. Namun tetaplah seorang hamba ini berusaha untuk menjadi hamba sebenar-benar hamba. Biarpun seringkali tersungkur jatuh. Watak hamba kan lemah dan tak mampu, maka hamba ini memohon lagi agar diberi kekuatan hati untuk menempuh tahun masihi yang baru ini bersama rasa.

Terima Kasih juga buat seorang Nabi yang sentiasa bersama hamba ini. Walhal seringkali hamba ini melupakannya, juga boleh dikatakan hati hamba ini tiada ruang buat Nabi yang berjasa. Mohon ampun ya Rasulullah, Nabi akhir zaman yang telah di anggap mati oleh ummat-Nya sedangkan rohnya tak pernah mati. Wahai Nabi, hamba ini mohon jua padamu, moga diberi syafaat. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Juga buat AyahBonda yang terlalu banyak jasa pada anaknya ini. AyahBonda lah yang berhempas pula mengenalkan Allah dan Nabi itu pada diri anaknya ini. Si anak yang seringkali tidak mendengar kata, tak beradab dan tak tahu malu atas segalanya. Wahai AyahBonda yang tak pernah ku berikan kegembiraan, moga tahun masihi yang baru ini menjadi saksi anak yang degil ini tidak lagi mengukir kekecewaan dan luka, serta membuatkan AyahBonda menangis. Sudi bantu yee AyahBonda..


Buat Ayah perjuangan,
Maaf dari hati di atas kesilapan anakmu ini.
Diakui segala kesalahan dan kesilapan yang seringkali tidak menguatkan hati dengan Allah.
Maka berlakulah segala kerosakan fizikal dan hati.
Kerana tidak mengambil 'ubat' dengan istiqomah.
Moga ayah juga sudi untuk membantu anakmu ini.
Jangan biarkan..


Akhir sekali buat rakan seperjuangan,
Marilah kita bersama-sama menjadikan tahun masihi yang baru ini sebagai bukti cinta kita pada Allah.
Serahkan hati sepenuhnya untuk diproses.
Moga tidak lah kita menjadi hamba yang gagal bila dipanggil menghadap Allah..


No comments:

Post a Comment