Islamic Musical

Thursday, 12 March 2015

Kepada Kawan Seperjuanganku

Salam kasih sayang pada pembaca 
Walaupun aku tidak tahu adakah pembaca blog ku ini. 
Terlebih dahulu kita panjatkan seribu kesyukuran yang tidak terhingga pada Allah kerana masih menghidupkan lagi kita di bumiNya ini.
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis blog setelah kehilangan idea beberapa hari ni.
Juga kehadrat baginda Rasul, selawat dan salam ke atasmu, semoga rindu padamu kian berbunga
Betapalah sungguh besar jasamu pada kami. Betapa sayangnya Nabiku dengan umatNya.
Kepada ayah dan ibuku, ku mohon agar terus dikuatkan bersama mereka hingga ke akhirnya.

Hari ini, telah berlaku beberapa kisah dalam hidupku. 
Kisah suka dan duka. Walaupun ia tidak berlaku padaku, tetapi aku turut merasa tempias kesedihan itu walau cuma sedikit. Masakan aku tidak sedih atas kesedihan kawan-kawanku? Aku hanya mampu beri sedikit kata-kata semangat pada mereka, diiringi dengan doa semoga mereka kuat dan tabah melalui ujian yang Allah telah tetapkan ini. Mungkin mereka tidak ada di waktu aku susah, tapi itu bukan alasan untuk aku menjauhkan diri dari mereka di saat seperti ini. Takkan lah kerana hal kecil aku perlu terasa dan tergores hati? Sedangkan kawan yang sejati hanyalah Allah. 

Aku hanyalah alat untuk memberi sedikit kekuatan pada mereka, sedangkan Allah lah jua yang menguatkan mereka. Mereka adalah anugerah Allah yang bernilai padaku. Aku bersyukur kerana diberi kawan-kawan seperti mereka. Tempat berkongsi suka dan duka. Tidak akan ku lupakan mereka yang pernah hadir dalam hidup ini. Sama ada untuk sementara atau selamanya. Cuma berharap segala pertemuan dan ikatan hubungan kawan ini kekal hingga ke akhirat. Biar terpisah di Dunia moga bertemulah kita semua di Syurga nanti. 

Kesedihan perpisahan ini hanya sementara, usah disedihkan.
Sedihkanlah diri kerana hal-hal akhirat.
Sedihkanlah diri kerana masih tidak mampu mengalirkan air mata untuk Islam.
Sedihkanlah diri kerana airmata ini masih murah dengan Dunia yang menipu.
Sedihkanlah diri andai kita tidak berjaya mendapatkan hati yang selamat lagi sejahtera.

Kepada kawan-kawan ku tidak kira di mana kamu berada.
Ketahuilah bahawa aku tidak pernah melupakan kalian.
Doa ku pada kamu tidak pernah putus.
Moga kalian terus kuat untuk Allah, gunakanlah hak Allah ini untuk Allah.
Sayang kalian kerana Allah, 
Moga rindu ini pun kerana Allah!

Kepada Saidah Nafisah Kamaludin, kuatkan hatimu. Allah kan ada ? Allah yang memberi sakit dan Dia lah juga yang akan menyembuhkan. Jangan putus asa, kuatkan semangat. Mesti ayah picah tidak mahu lihat picah bersedih kan? 

Kepada Ummu Raihanah, sayang kamu sangat-sangat. Kuatkan jiwa untuk Islam. Biar terguris di sini agar tidak menderita di sana. Diam tidak bererti lupa, dia sedang mencari kekuatan untuk menghidupkan kembali jiwanya. 

Kepada dia yang tidak mahu ku taipkan namanya di sini, semoga dikuatkan. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang pernah dikongsikan lama dahulu. Aku tahu kau diam bukan berniat untuk melukakan, tapi untuk menguatkan. Dan siyesly, caramu agak pelik! 

Ya Allah!
Ku mohon berilah kekuatan lahir dan batin kepada kawan-kawanku,
Berilah mereka kesihatan yang baik,
Keberanian dan besarkan jiwa mereka untuk Islam.
Jadikanlah kami semua orang-orang yang telah disabdakan Nabi yang membantu kebangkitan Islam di akhir zaman.
Anugerahkan kami rasa takut setakut-takutnya padaMu, rindu serindu-rindunya pada Nabi dan rasa Hamba yang tinggi. 
Juga anugerahkan kami hati yang selamat sejahtera bersama kematian yang berjaya.
Temukanlah kami semua di Akhirat sana, 
Dan tempatkanlah kami semua
Bersama para kekasih-kekasihMu!


No comments:

Post a Comment