Islamic Musical

Friday, 13 March 2015

Rindukah aku ?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah, Terima Kasih Kasih Tuhan kerana Engkau masih lagi sudi memberiku peluang untuk bernafas lagi dibumi ini. Sedangkan hari-hari yang Kau berikan padaku ku sia-sia kan lagi tanpa ada usaha untuk mendapatkan takut yang setakutnya padaMu dan rindu serindunya pada Nabiku. Tapi Engkau dengan sifat Maha PenyayangMu masih mengizinkan aku untuk menempuh lagi satu hari di dalam hidupku, semoga hari ini aku dapat memberi pembuktian padaMu. Namun, Engkau tolong lah juga diri ini. Hamba yang kerdil ini selalu tersalah, tersilap, terlupa, terlalai dan bermacam-macam lagi kelemahan yang menyerang diriku. Kuatkan hati ku dengan apapun ujian yang akan berlaku pada masa hari-hari yang akan datang.


Selawat dan salam ke atas dirimu wahai Nabi akhir zaman.

Wahai Nabi maafkanlah aku kerana aku masih belum dapat merinduimu. 
Aku sedang mengusahakan rindu pada mu wahai Nabi, takkan aku tergamak membiarkan tangisan rindu mu pada ummatmu tidak berbalas? 
Takkan aku sanggup mengabaikan dirimu yang sangat berjasa, dirimu yang sangat menyayangi dan menginginkan keselamatan ummatmu ? 
Sungguh aku zalim dan kejamlah jika aku berbuat begitu!

Kepada ayah dan ibuku,

Ku mohon kemaafan juga kerana anakmu ini sentiasa gagal dalam menjadi remaja yang Allah dan Rasul mahu.
Bantulah anakmu ini dalam menjalani kehidupan seharian bersama rasa-rasa yang dicari. 
Agar aku tidak lagi tertipu dan ditipu Dunia!

Rindu itu ialah menangis.


Sudah rindukah aku pada Nabi Akhir Zamanku ? 

Sedangkan hati ini mudah sekali untuk merindui pada yang tidak sepatutnya. 
Airmata ini mudah mengalir kerana hal-hal Dunia!
Kejamnya diriku! Zalimnya aku!
Hari demi hari yang ku lalui hanya menambahkan dosa.
Aku sering gagal!
Kenapa rindu dan airmata ini begitu murah pada Dunia ?!
Sepatutnya ku tangisi segala dosa-dosa ku yang menggunung tinggi,
Sepatutnya ku tangisi nasib Islam yang tidak terbela dek kesilapanku.
Sepatutnya ku tangisi hati yang masih belum mendapatkan rasa rindu Nabi ini!
Namun, mengapa ia susah sekali untuk mengalir ?

Tuhan, 

Engkau adalah Penciptaku, Pemilik Hatiku, 
Kau jua lah yang membolak balikkan hatiku.
Terlalu mahal rasa rindu pada kekasihMu,
Namun Kau anugerahkan lah kepadaku.
Aku tidak mahu lagi mensia-siakan rindu dan airmata ini untuk Dunia. 
Aku tahu, selepas ini hari-hari yang bakal ku lalui mungkin semakin sukar,
Akan aku cuba laluinya hingga aku berjaya.
Aku akan cuba bertahan sehingga akhirnya nanti Kau berikan rindu yang Mahal itu padaku. 
Bantulah diri ini wahai Tuhan, dalam memberi pembuktian ikrar dan janji. 
Anugerahkanlah rindu itu pada diriku dengan berkat Nabiku. 


No comments:

Post a Comment