Islamic Musical

Sunday, 8 March 2015

Kematian

Terusik hati bila melihat Vcd Teater Muzikal Islam 'Mempersiapkan kematian yang Indah' oleh GH. Tiba-tiba ku terfikir, bagaimanakah hari kematianku nanti? Indahkah? Berjayakah aku melalui ujian terakhir hidupku itu? Cemas dan takut bila memikirkannya.

Sepatutnya aku menunggu hari itu dengan hati yang rindu.
Rindu untuk bertemu dengan Penciptaku.
Rindu untuk bertemu dengan kekasih junjunganku, Nabi Muhammad SAW.

Tapi apa yang aku rasakan saat ini, adalah takut akan kematianku
Takut untuk meninggalkan dunia yang sementara ini. 
Takut untuk meninggalkan kesayanganku di dunia ini. 
Walhal, setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. 
Cepat atau lambat, pasti akan pergi juga.

Cemas lagi bila hati ini telah ku rosakkan.
Telah penuh dengan penyakit hati yang bersarang.
Hati yang telah Allah amanahkan kepadaku untuku ku jaga, namun sebaliknya yang berlaku.
Hati ini sepatutnya ku persiapkan untuk bertemu dengan PemilikNya.
Hati ini sepatutnya ku kembalikan bersih dan sejahtera seperti yang asalnya.
Terlalu banyak kerosakan demi kerosakan yang hatiku hadapi, 
Lalu bagaimanakah caranya untuk ku baiki sebelum sampai masanya aku bertemu dengan PenciptaKu? masih kah ada waktu  untukku perbaikinya?

Oh Tuhan, Maha Baiknya dikau kerana memberiku seorang Nabi, seorang Guru Mursyid dan seorang Ibu.
Yang memberi ku panduan agar selamat Dunia Akhirat. Mereka adalah sebesar-besar hadiahMu buatku. 
Pandulah hatiku Tuhan dengan berkat Nabi, Guru dan Ibuku dalam mempersiapkan hati untuk bertemuMu. 

No comments:

Post a Comment